Viral
"Takkan Nak Sama Level Dengan Orang Menyundal" - Bekas Isteri Cef Fikree Simpati Nasib Penny Salman
Bekas isteri Cef Fikree, Syarifah Zuriehan Ben Yahya simpati dengan nasib yang menimpa Penny Salman.
Kata Zuriehan, dia memahami perasaan Penny memandangkan keadaan yang mereka lalui sama.
"Sedih baca kes Penny Salman sebab faham dan dah lalui apa yang dia rasa.
"Tengok dia pun focus anak... iyalah, kita ada tanggungjawab, takkan nak sama level dengan orang menyundal kan," tulisnya menerusi Instagram.
Zuriehan turut mendoakan kesejahteraan individu yang teraniaya terutama membabitkan kes rumahtangga.
"Anak pun makin besar akan sayang kita lebih dari yang kita expect kita akan dapat dari pasangan kita.
"Percayalah saya dan Jayden sangat gembira sekarang. Saya doakan Allah permudahkan urusan orang yang teraniaya di luar sana," tambahnya.
Terdahulu, tular kisah membabitkan pelakon muda Alya Iman yang didakwa Penny seorang kaki kikis dan menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.
Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.
BACA: "Dia Menipu!" - Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang, Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut...
Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.
Kisah itu berlarutan hingga menjadi buah mulut netizen yang menempelak tindakan pelakon terbabit.
Mengimbas semula, Zuriehan dan Cef Fikree juga pernah melalui situasi seakan-akan sama sehingga bercerai pada Mei 2019.
Must-Watch Video