Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Merajuk-Merajuk Auto Kurus Ke?”- Badan Lebih Susut, Ramai Bimbangkan Janna Nick

Syafiqah Jalal
11/06/2021 13:25 MYT
Foto terbaharu pelakon dan pengacara Janna Nick yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya mendapat perhatian pengikut laman sosial tersebut.

Sekeping foto yang memperlihatkan dirinya memakai pakaian serba hitam itu mencuri perhatian peminat yang dikatakan nampak semakin kurus.

Pun begitu menerusi kapsyen, Janna hanya mempromosikan minyak wangi yang dipegang bersama foto tersebut.

Memandangkan Janna kini pernah mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar sehingga seolah-olah mahu berhenti bekerja rata-rata bimbang akan tahap kesihatannya.

“Janna makin kurus...take care baby,” kata salah seorang peminatnya.

“Merajuk-merajuk auto kurus eh,” komen salah seorang pengikutnya.

“Wow rampingnya pinggang dia,” puji salah seorang warga maya.

Difahamkan, Janna kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak hampir sebulan lalu.

Pelakon itu juga mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun sebelum ini.

Dalam satu kenyataannya, Janna mendedahkan bahawa kini menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa setiap minggu untuk mendapatkan rawatan susulan berhubung dengan masalah gangguan bipolar yang dialaminya.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

#pelakon #Janna Nick #Kurus #Bipolar #Kemurungan
;