Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Merancang Hampir Semua Perkara, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Anak Kembar- “Kami Cuba Untuk Dapatkan Anak Lahir Disember Supaya…”

Asyikin Mayudin
28/07/2024 06:55 MYT
Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak kembar lelakinya iaitu Adam dan Noah pada 27 Julai, Sabtu.

Rancang Kelahiran

Berterima kasih atas ucapan hari lahir, Dr Sheikh Muszaphar berkata dia dan isterinya iaitu Datin Dr Halina sememangnya gemar merancang hampir semua perkara termasuklah tarikh kelahiran anak-anak mereka.

“Selamat hari lahir Adam, Noah & saya. Kembar 7 tahun hari ini (Sabtu) dan 52 tahun untuk saya. Terima kasih semua orang untuk ucapan anda. Semoga diberkati Allah dan bertambah lagi ramai anak. Amiinn.

“Kami rancang hampir semua termasuk hari lahir anak-anak. Anak-anak Julai, Bella, Adam, Noah dan Muhammad. Somehow I love July babies,” kongsi Dr Sheikh Muszaphar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Momen Sayu Hantar Anak Sulung Masuk Asrama - "Berat Untuk Lepaskan, Tetapi Kami Perlu Kuat"

ARTIKEL BERKAITAN: Terbang Ke Oxford Untuk Program Kepimpinan, Netizen Ucap Tahniah Pada Anak Gadis Dr Sheikh Muszaphar - “Semoga Terus Sukses”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Sheikh Muszaphar Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Ketujuh, Comelnya Bila Anak-Anak Pula Mahu Pilih Nama Untuk Adik

Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama keluarganya.

Pada perkongsian yang sama juga, Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan dia dan Dr Halina pernah mencuba untuk mendapatkan anak yang lahir pada bulan Disember, sama dengan isterinya.

Bagaimanapun, pasangan kembar iaitu Eusoff dan Emelia dilahirkan awal sebulan iaitu November manakala seorang lagi anak perempuannya, Tasha pula terlewat satu bulan pada Januari.

“Kami cuba untuk dapatkan anak lagi lahir bulan Disember, supaya boleh sama dengan Dr Halina. Tapi ia tidak menjadi. Kembar Eusoff dan Emelia terlebih awal pada November.

“Tasha pula lambat sebulan pada Januari. Hanya berkongsi, love as always. To all July babies - Happy Birthday too,” katanya lagi.

Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Mohd Yunos dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha., Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.

#Dr Halina #Anak Dr Sheikh Muszaphar #Dr Sheikh Muszapar