Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad terpaksa dimasukkan ke wad hospital selepas mengalami tekanan darah rendah dan lemah badan selepas disahkan positif COVID-19.

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Naseha Uyaina Arshad, 30, suaminya penyanyi Raja Syahiran juga positif namun dibenarkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Menerusi laman sosial Instagram, Uyaina berkongsi berita duka tersebut untuk tatapan umum.

Jelasnya lagi, ini kali pertama dia berjauhan dengan suami selepas mendirikan rumah tangga pada 21 Disember yang lalu.

“Syahiran boleh kuarantin di rumah tapi Uyaina kena tahan wad sebab low blood pressure dan badan lemah. First time being away from my husband,” tulisnya lagi.

Menceritakan pengalamannya berdepan virus tersebut selepas disahkan positif beberapa hari yang lalu, Uyaina mengalami sakit yang teramat sangat sehingga perlu merangkak untuk ke bilik air.

“Lain orang mungkin rasa berbeza-beza bila kena Covid ni. Ada orang maybe mild symptom. Tapi my body feels sakit sangat-sangat especially during 2,3 days.

“Nak jalan pergi toilet pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau our internal organs,” ujarnya lagi.

A post shared by UA (@uyainaarshad)


Pada masa yang sama, Uyaina turut mendoakan orang ramai terutamanya warga emas dan kanak-kanak agar dijauhi daripada dijangkiti virus merbahaya ini.

Stay safe everyone. Yana doakan korang tak kena Covid ni especially orang tua dan budak-budak sebab taktau cemana badan diorang nak terima.

“Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan Covid,” katanya.

Sekadar info, pasangan itu berkahwin pada hujung Disember lalu di sebuah premis acara di tengah ibu kota.