Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

"Mereka Dah 17 Tahun!"- Sweet Qismina Bengang Terpaksa Ke Sekolah Ambilkan Adik Buku Teks Gara-Gara SOP Tak Munasabah

ZULHILMI JALIL 27/01/2021 | 02:20 MYT
Pelakon Sweet Qismina meluahkan rasa bengang apabila dia terpaksa hadir ke sekolah adiknya yang berusia 17 tahun hanya semata-mata untuk mewakilinya mengambil buku teks.
Menurut Sweet, syarat yang diletakkan pihak sekolah apabila hanya membenarkan ibu bapa atau penjaga sahaja memasuki perkarangan dianggap tidak munasabah.
"Syarat pengambilan dan pemulangan buku teks di sekolah adik saya sangat salah. Bagaimana anda boleh expect ibu bapa yang ambil dan pulang buku-buku itu untuk mereka.
"Kenapa tidak mereka lakukan sendiri? Bukannya umur mereka 10 tahun. Mereka sudah 17 tahun! Ni nak marah," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Twitter sebelum berkongsi semula di Instagram.

A post shared by ?فرهنا قيسمينا سوڤندي? (@sweetqismina)

Terdahulu, menerusi Instagram Story, Sweet turut memuat naik video keluhan dirinya ketika hadir ke sekolah adik perempuannya di ibu kota.
Katanya, sepatutnya golongan ibu bapa yang mana rata-rata sudah berusia tidak wajar berada di tempat awam memandangkan mereka lebih cenderung dan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus Covid-19.
Lebih menyedihkan, kata Sweet, ada ibu bapa yang tidak larat untuk mengangkat buku-buku teks yang berat ekoran faktor usia.
"Ibu bapa atau penjaga tak semua umur muda yang larat nak bergerak dengan panas terik 11 pagi ke 1 tengah hari berjalan ke hulu ke hilir nak pergi ambil dna pulangkan buku teks. Buku teks itu semua sangat berat!
"Adik saya punya kawan kata ibunya siap ada yang sakit pinggang dan terpaksa lakukannya sendiri, gigihkan juga sebab dia sahaja yang boleh masuk," katanya.
Katanya lagi, dia berharap agar pihak sekolah boleh mempertimbangkan untuk para pelajar yang melakukan perkara tersebut tersendiri.
"Saya cadangkan untuk sekolah biarkan budak-budak yang pergi ambil, tetapi biar ibu bapa yang tanda tangan masa nak masuk sekolah.
"Kalau tak percaya itu ibu bapa atau penjaga minta je lah kad pengenalan. Benda senang, dah kenapa nak sulitkan?
"Buatlah syarat macam mana pun tapi tolonglah bukan ibu bapa yang buat," katanya.
Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang disuarakan Sweet itu.
"Betul tu, saya pergi ambil sendiri sebab mak tak larat asma dan pak guard, tapi suruh balik tak bagi masuk," komen salah seorang pengikutnya.
"Ada yang atuk dan nenek yang pergi bawa buku-buku teks tu. Kasihan mereka tau," luah seorang netizen.
"Mereka kalau nak suruh ibu bapa ambil pun buatlah drive thru (pandu lalu) sahaja Tak perlu turun kereta," komen seorang warganet.
#pelakon #sekolah #Sweet Qismina #SOP #Buku Teks
;