Baru-baru ini viral gambar seorang pekerja kontraktor Bangladesh yang dikatakan layak bergelar model. Seperti biasa, gambar terbabit mendapat reaksi positif dan tidak kurangnya komen negatif daripada warga netizen.

Bagi yang tidak tahu, gambar terbabit sebenarnya diambil oleh jurugambar terkenal di Instagram iaitu Hishammudin Hashim atau lebih popular dengan gelaran @tkdnxv.

Menariknya, gambar terbabit hanya diambil menggunakan telefon pintar.


Menerusi posting di Instagram, tkdnxv menyatakan dia tidak menyangka gambar potret berkenaan viral dan menjadi bualan orang ramai.

Jelasnya, dia telah mengambil gambar pekerja asing itu sejak 2014 lagi dengan penggunaan hashtag #bangla_abeden.

Katanya, dia tidak pernah malu berkawan dengan golongan bangladesh walaupun pernah diperli oleh rakan-rakannya sebelum ini.

“Mereka manusia yang sama sebiji macam kita tiada beza pun. Saya tak nak glorify apa apa, cumanya, banyak benda dalam dunia ni kita patut hargai,” katanya.

Jika anda ingin melihat gambar yang pernah diambil oleh jurugambar ini, boleh lihatnya di bawah.




Jika mahu melihat banyak lagi gambar, anda boleh follow tkdnxv di Instagramnya di sini.