Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Mereka Nampak Kebangangan Saya…” - Pablo Amirul Kongsi Cerita Pernah Jadi Anak Murid Kepada Farid Kamil & Bront Palarae

Ainun
07/10/2024 08:55 MYT
Pelakon aksi, Pablo Amirul mendedahkan dia pernah menjadi anak murid kepada aktor Farid Kamil dan Bront Palarae kerana dirinya tidak mempunyai asas lakonan pada awal penglibatannya dalam dunia seni.

Menurut video podcast ‘Isi Minyak Luu’, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri itu berkongsi bahawa dia terpilih untuk membawa watak sampingan yang membolehkan dirinya berlawan.

Namun, disebabkan tidak mempunyai asas lakonan, Bront Palarae dan Farid Kamil cuba melatihnya untuk melakonkan watak tersebut.

“Pada mulanya saya tidak tahu filem apa yang saya bakal lakonkan. Kemudian, baru saya dapat tahu filem ini berjudul Anak Jantan dan pelakon utama dalam filem itu adalah Farid Kamil dan Bront Palarae.

"Disebabkan saya memegang watak sampingan yang ada 32 babak. Jadi, Bront Palarae dan Farid Kamil yang melihat kebangangan saya dalam lakonan boleh dibetulkan lagi.


“Jadi, mereka latih saya dan jadikan saya sebagai anak murid mereka yang pertama,” katanya menerusi video podcast.

A post shared by Isi Minyak Luu.. (@isiminyakluu)


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji lakonan Pablo yang makin baik dan sentiasa mendoakan kejayaan pelakon itu pada masa hadapan.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:



Terdahulu, Pablo Amirul memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon tambahan dan model sampingan sebelum beralih kepada kerjaya sebagai pelagak ngeri pada tiga bulan pertama pembabitannya dalam bidang lakonan.

BERITA TRENDING: Nora Danish Sebak Baca Puisi Di Festival Sunnah, Netizen Tersentuh - “Benarlah Hidayah Itu Milik Allah, Semoga Kekal Istiqamah”

BERITA TRENDING: Tiba Di Prosiding Kedua Kes Perceraian, Ini Harapan Fattah-Fazura

BERITA TRENDING: “Perkara Ini Akan Dimuktamadkan Secara Baik” - Peguam Fattah Amin

BERITA TRENDING: Norman Hakim Kongsi Momen Terakhir Ibu Bersama Arwah Bapa - “Selama 48 Tahun Hidup, Tak Pernah Nampak Mak Keluar Air Mata”



Bakatnya mula disedari oleh Ahmad Idham apabila beliau diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu dalam filem pertamanya, Anak Jantan.
#Anak #Filem #Pablo #Lakonan #Bront #Farid #Amirul #Jantan #Kamil #Palarae
;