Hiburan

Norman Hakim Kongsi Momen Terakhir Ibu Bersama Arwah Bapa - “Selama 48 Tahun Hidup, Tak Pernah Nampak Mak Keluar Air Mata”

gempak
Mya Amri
07/10/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Norman Hakim Kongsi Momen Terakhir Ibu Bersama Arwah Bapa - “Selama 48 Tahun Hidup, Tak Pernah Nampak Mak Keluar Air Mata”
Pelakon, Norman Hakim mengimbas kembali momen terakhir sebelum bapanya, Zaidon Abdul Rahim meninggal dunia.

48 tahun hidup tak pernah lihat ibu menangis

Menurut Norman, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah melihat ibunya mengalirkan air mata.
Namun ibunya tewas apabila suami tercinta pergi buat selamanya.
“Masa ni mak cakap ‘Cik Don… Saya reda awak pergi. Tanggungjawab saya jaga awak sampai kat sini sahaja.
“Ampunkan semua salah silap saya pada awak. Saya ampunkan kalau ada salah silap awak pada saya selama kita hidup sama-sama. Kita jumpa dekat 'sana' nanti. Awak tunggu saya okay.’

“Masa mak berdiri tegak semula, nampak air mata mak keluar. Pertama kali seumur hidup nampak mak menangis.

“Selama 48 tahun hidup, tak pernah nampak mak keluar air mata,” tulisnya.

Coretan sebak itu turut disertakan video pendek merakamkan momen ibunya mencium arwah bapanya buat kali terakhir.

Baca Al-Quran setiap hari

Dalam hantaran yang sama, Norman juga memaklumkan dirinya cuba untuk istiqomah dengan membacakan dua muka surat Al-Quran setiap hari kepada arwah.
“Hari ni (6/10/24) genap setahun arwah Ayah pergi ke negeri abadi tinggalkan kitaorang semua.

“Hari-hari doa dipermudahkan ‘perjalanan’ ayah dekat ‘sana’. Saya cuba istiqomah hadiahkan arwah ayah dua muka surat Al-Quran Karim setiap hari khas untuk dia.

“Harap-harap sampailah dekat arwah ayah. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” tulisnya.
Berikut merupakan video penuh yang dikongsi Norman:

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Panjangkan Isu, Norman Hakim Mengalah Dengan Abby - “Ampun Maaf Untuk Segala Kelemahan Salah & Silap”

ARTIKEL BERKAITAN:“Infact Dah Hilang Pun 15 Minit, Ayah Tak Respon, Nafas Pun Tak Ada” - Norman Hakim Trauma

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] "Gembira Ayah, Gelak Tak Sudah Lepas Kena Urut" - 'Me Time' Dengan Bapa, Netizen Puji Sikap Norman Hakim

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024