Hiburan

"Mereka Telah Diuji Sejak 9 Tahun Lalu" - Noh Salleh Rayu Untuk Tak Lupakan Rakyat Syria Disaat Krisis COVID-19

gempak
Hanafis Haris
27/03/2020
11:40 MYT
Sponsor Banner
"Mereka Telah Diuji Sejak 9 Tahun Lalu" - Noh Salleh Rayu Untuk Tak Lupakan Rakyat Syria Disaat Krisis COVID-19
Penyanyi Noh Salleh merayu supaya orang ramai turut membantu rakyat Syria biarpun dunia kini sedang dilanda krisis COVID-19.
Perkara itu diluahkan menerusi satu posting terbaru di Instagramnya hari ini.
Menerusi satu posting tersebut, Noh berkongsi beberapa gambar memaparkan penderitaan dialami seorang ayah yang kecewa apabila gagal menyediakan makan kepada anaknya yang kelaparan.
"Sorry guys, hari ini tak ada lagu. Saya perlukan sumbangan korang. Gambar ini memberi kita seribu satu pengajaran.
"Bagaimana seorang ayah menangis kerana tidak mampu menyediakan makanan buat anaknya yang sedang kelaparan. Ajaibnya, anak beliau tidak ikut menangis, malah memujuk ayahnya yang sedang kesedihan.
"Kami tahu, di kala negara sedang diuji dengan Covid-19, kita terpaksa mendahulukan yang lebih utama.
"Cuma kami juga perlu merayu untuk mereka dibantu, kerana mereka sudah diuji sejak 9 tahun yang lalu," katannya.
Tambah Noh, pasukan Cinta Syria Malaysia akan ke Turki, Syria dan Lubnan jika keadaan kembali mengizinkan.
"Malah jika ada rezeki, wakil Cinta Syria Malaysia sendiri yang akan masuk ke dalam Syria menyampaikan bantuan dan amanah kalian secara terus kepada mereka.
"Ya, misi ini bahaya. Tetapi menyuap makanan kepada yang lapar, memberi minuman kepada yang dahaga jauh lebih utama," katanya.
Pada mereka yang ingin menyalurkan bantuan, anda boleh lihat posting di Instagram Noh.
Sorry guys, hari ni takda lagu. Saya perlukan sumbangan korang. Gambar ini memberi kita seribu satu pengajaran. Bagaimana seorang ayah menangis kerana tidak mampu menyediakan makanan buat anaknya yang sedang kelaparan. Ajaibnya, anak beliau tidak ikut menangis, malah memujuk ayahnya yang sedang kesedihan. Anak anak Syria. Kesusahan mengajar mereka lebih kuat. Mereka tidak ada masa untuk merintih atas apa yang berlaku. Tetapi mereka berjuang untuk terus hidup. Kami tahu, di kala negara sedang diuji dengan Covid-19, kita terpaksa mendahulukan yang lebih utama. Cuma kami juga perlu merayu untuk mereka dibantu, kerana mereka sudah diuji sejak 9 tahun yang lalu! Ramadhan bakal kembali menjengah kita seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini, team Cinta Syria Malaysia akan ke Turki, Syria dan Lubnan jika keadaan kembali mengizinkan. Malah jika ada rezeki, wakil Cinta Syria Malaysia sendiri yang akan masuk ke dalam Syria menyampaikan bantuan dan amanah kalian secara terus kepada mereka. Ya, misi ini bahaya. Tetapi menyuap makanan kepada yang lapar, memberi minuman kepada yang dahaga jauh lebih utama. CSM menyasarkan RM 1,000,000 bagi misi Ramadhan Share Share Lah kali ini. Sasaran : RM 1,000,000 1 tajaan : RM100 (10,000 tajaan diperlukan) Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia: Maybank : 562834640983 Rujukan (reference): Ramadan Emailkan detail sumbangan ke: [email protected] ATAU Sumbangan secara atas talian di – cintasyriamalaysia.com/donations/ramadanmissioncsm/ cintasyriamalaysia.com/donations/ramadanmissioncsm/ cintasyriamalaysia.com/donations/ramadanmissioncsm/ ATAU (klik link di bio) Kami turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama HQ kami di +601124407539 TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 5 Mei 2020. MENYUMBANGLAH WALAUPUN RM10, ATAU SHARE POSTER INI! #Sharesharelah #Ramadansharesharelah #CintaSyriaMalaysia #yourhelptheirfuture
A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live