Selepas mencetuskan fenomena pada 2019 dengan kemunculan pertama, filem Makmum kembali 'menghantui' pawagam dengan sekuel terbari.

Tanpa sebarang promosi 'mega', Makmum 2 muncul dengan meneruskan legasi keseraman 'solat bermakmumkan jin'.

Penulis sempat menonton filem tersebut baru-baru ini dan berikut merupakan pandangan dan ulasan untuk Makmum 2.


Plot:

Makmum 2 mengisahkan tentang Riri (Titi Kamal) yang kembali ke kampung bersama anaknya Hafiz setelah mendapat khabar bahawa makcik yang pernah menjaganya ketika dia kecil meninggal dunia.

Sejak kembali ke kampung tersebut dia kembali dihantui oleh hantu makmum dan anaknya Hafiz hilang dan dijumpai dalam hutan.

Rini dan Hafiz berdepan dengan ancaman luar biasa yang menyebabkan keimanannya goyah dan berada dalam keadaan bahaya.

Review:

Filem ini dimulakan dengan pelbagai shot dan sinematografi yang sangat cantik seperti mana di kebanyakan filem terbitan Indonesia.

Pengarah banyak bermain dengan elemen dan efek cahaya serta shot daripada atas hingga membuatkan penonton terlupa sejenak ini adalah sebuah flem seram.

Namun, keseronokan itu tidak lama apabila watak Rini dan anaknya Hafiz pulang ke kampung halaman mereka.

Pada awalnya suasana di kampung kelihatan seperti biasa dan aman damai sehinggalah munculnya babak solat.

Bayangkan anda sedang mengerjakan solat, namun terdengar satu bisikan halus di belakang yang mengikut setiap percakapan dan pergerakan.

Di sinilah kekuatan filem Makum yang mana penonton sudah 'get ready' untuk elemen jump scare ketika babak solat.

Apa yang menariknya tentang sequel kali ini, jump scare yang dihasilkan ada kalanya langsung tidak dijangka.

Di situ saja sudah membuat satu panggung riuh dengan jeritan penonton.

Malah, elemen serta babak jump scare yang dipaparkan cukup banyak.

Cukup untuk membuatkan adrenaline penonton turun naik.

Memang pada awalnya, hantu atau 'makmum' ini tidak menunjukkan wajah, namun sekali tunjuk memang berderau juga dibuatnya.

Penulis puji kebanyakan babak seram pada 1st act dan awal 2nd act filem ini. Much better daripada filem pertama.

Momentum Turun?

Namun, kekerapan menunjukkan bayangan atau jelmaan hantu itu ada kalanya boleh merosakkan mood filem itu sendiri.

Ini berlaku pada 2nd act filem yang mana penonton sudah boleh buka mata untuk melihat wajah hantu tersebut. Tidak perlu lagi menutup mata.

Graf serta momentum keseraman filem ini turun sedikit demi sedikit pada bahagian 3rd act. Ketika ini penonton yang kerap menjerit pada awalnya, mungkin sudah boleh tersenyum ketawa.

Tidaklah bosan tetapi momentum itu sudah menurun.

Pun begitu, kekurangan mood seram itu berjaya dibalas dengan rasa ingin tahu penonton mengenai apakah punca yang membelunggu masalah di kampung berkenaan.

Krisis air bersih, hujan tidak turun, gangguan 'makmum' serta masalah kerasukan pada Hafiz, anak kepada Rini. Semua itu membuatkan penonton tertanya-tanya mengapa ia boleh terjadi dan apa kaitannya dengan hutan terlarang yang digeruni penduduk kampung.

Namun, biarpun ada persoalan yang telah dijawab pada hujung filem ini, penulis masih terpinga-pinga apakah kaitan budak lelaki tempang yang dipaparkan dalam awal filem ini dengan segala masalah yang berlaku?

Itu saja persoalan yang dirasakan sedikit tergantung, atau hanya pada pandangan amatur penulis.

Jadi, jika anda ada jawapan pada persoalan tersebut, boleh sama-sama kongsi di komen Facebook artikel ini ya!

Apapun, filem Makmum 2 lebih seram dan lebih berbaloi untuk ditonton.

Anda akan kagum dengan kualiti yang dihasillkan kali ini.

Rating Gempak 7.5/1