"Merendah Diri Tapi Jangan Sampai Kena Pijak, Confident Boleh Tapi ....." - Ini Nasihat Sheila Rusly Pada .....

Rozaimi Zubaidi
April 9, 2019 05:30 MYT
Pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly menasihati anaknya, Luth Mikhail dan Uzair Haqimy supaya sentiasa merendah diri dalam setiap perkara yang dilakukan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila berkongsi gambar bersama Luth dan Uzair beserta nasihat buat mereka.
"Perlu merendah diri tapi jangan sampai kena pijak. Confident boleh tapi jangan sampai riak!
"Faham tu @uzairhaqimy69 @luthmikhail20 #nyawasis #pewaris #silang #jspictures #tv3malaysia #sentiasabersyukur #alhamdulillah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji ketampanan wajah anak Sheila dan mereka mendoakan kebahagiaan keluarganya.
Namun disebalik kapsyen yang ditulis, ada juga yang mengatakan bahawa Sheila seolah-olah menyindir seorang pelakon.
#pelakon #Pelakon #Sheila Rusly