Meriah! Diana Rafar & Zamarul Hisham Sambut Birthday Anak Bertemakan Disneyland... Kek Harga RM6,000!

Rozaimi Zubaidi
November 12, 2018 05:22 MYT
Pasangan pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran dua orang anak mereka, Kashfi Haiqal dan Kayla Reysha di akaun Instagram (IG) masing-masing.
Sambutan ulang tahun yang bertemakan fantasi ala Disneyland, di hadiri oleh rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat Diana serta Zamarul.
Menerusi gambar yang dikongsikan orang ramai mengakui tertarik dengan kek hari jadi Lion King dan Little Pony yang disediakan kepada para tetamu yang hadir.
Difahamkan kedua-dua kek tersebut mencecah harga hampir RM6,000 dan bukan mudah untuk diperolehi.
Di ruangan komen pula, para peminat juga mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Zamarul ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Zamarul dan Diana berkahwin pada 16 Mei 2009 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haiqal, 8, dan Kayla Reysha, 1.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
#pelakon #Pelakon #Zamarul Hisham #Diana Rafar