BERITA
Meriahnya Malam Gala Do[s]a Bila Pelakon 3 Negara Bertembung!
Supertelemovie Do[s]a telah menemukan pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Do[s]a yang bakal menemui penonton pada 14 Februari ini dibarisi pelakon seperti M. Nasir, Remy Ishak, Ashraf Sinclair dari Malaysia dan beberapa pelakon Indonesia iaitu Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid dan Reuben Elishama dan Tegar Satrya serta dua pelakon Singapura Hisyam Hamid dan Shenty Feliziana.
Menariknya siri mini nusantara premium eksklusif yang mempunyai lapan episod itu mendapat sentuhan daripada Pengarah Terbaik Filem Indonesia 2011 iaitu Ifa Isfansyah.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata Do[s]a merupakan karya terbaik Astro melibatkan kerjasama besar Malaysia dan Indonesia.
“Saya berasa cukup teruja dengan karya ini kerana ia merupakan kerjasama sulung Astro yang melibatkan dua negara dalam melahirkan siri original Nusantara premium eksklusif istimewa untuk tontonan ramai.
“Saya cukup berpuas hati dengan hasil karya yang dizahirkan barisan produksi Do[s]a. Jalan penceritaannya ternyata luar biasa, cukup kompak dan ‘mind-blowwing’.
“Bakat mereka ini terletak di kelasnya yang tersendiri dan saya yakin gandingan sehebat ini mampu mencetuskan satu fenomena baru,” katanya.
Do[s]a bakal ditayangkan di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.
Malam Gala Do[s]a untuk tayangan pra tonton eksklusif supertelemovie itu telah diadakan dengan meriah pada Rabu lalu.
Acara yang diadakan di GSV Pavilion itu turut dihadiri oleh semua barisan pelakon dari tiga buah negara tersebut.
Berikut merupakan foto-foto yang menunjukkan kemeriahan acara tersebut:
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on
Teks oleh: Syafiqah JalalA post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on
Must-Watch Video