HIBURAN

Mesej Kim Soo Hyun Kepada Kim Sae Ron Tular, Netizen Luah Rasa Jijik - “Dia Cuma Seorang…”

Asyraf Roslan 27/03/2025 | 23:54 MYT

Netizen meluahkan rasa marah selepas tular satu tangkap layar mesej yang didakwa daripada pelakon terkenal Korea, Kim Soo Hyun kepada mendiang Kim Sae Ron.

Menerusi mesej yang tersebar, salah satu tangkap layar itu telah memaparkan gambar Sae Ron ketika muda yang dipercayai telah dikirim oleh Soo Hyun.
Situasi ini menguatkan lagi spekulasi dalam kalangan peminat bahawa Soo Hyun pernah menjalinkan hubungan cinta bersama mendiang ketika aktres itu masih di bawah umur.

Satu tangkap layar yang dipercayai mesej daripada Kim Soo Hyun kepada mendiang Kim Sae Ron

ARTIKEL BERKAITAN: Agensi Kim Soo Hyun Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Keluarga Kim Sae Ron

ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit Isu Panas! CUCKOO Malaysia Gantung Aktiviti Promosi Libatkan Kim Soo Hyun

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur, Kim Soo Hyun Akan Keluar Kenyataan Minggu Depan

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun Pernah Hantar Surat Cinta Kepada Kim Sae Ron - “Sukar Untuk Tidak Melihat…”

Selepas melihat gambar berkenaan, ramai netizen meluahkan rasa jijik dan marah, malah ada yang mengecam tindakan aktor berkenaan serta mempertikaikan perbezaan usia mereka.

“Gila”

"Serius, dia nampak macam orang tak waras"
"Dia masih budak lagi, serius, masih bayi"

"Dia cuma seorang kanak-kanak,saya tak dapat tahan daripada mencarut," kata netizen.

Setakat ini, Kim Soo Hyun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai isu ini terus menjadi topik hangat dalam kalangan peminat dan media di Korea Selatan.

Sumber: Koreaboo

#Tular #Kim Sae Ron #Kim Soo Hyun #Mesej