Laman Utama

Mesej Tengah Malam Tanya Fasal Cili, Ada Wanita Cuba Himpit Suami? Ayu Damit; "Cubalah, Silakan Saya Tak Kisah ..."

Amri Hassan
16/11/2021
07:55 MYT
Adat berumah tangga pasti ada sayang dan cemburu, namun bagi bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ayu Damit, perasaan itu alah bisa tegal biasa.
Melayari alam perkahwinan selama lebih 13 tahun bersama suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin, Ayu akui dirinya kini tiada sangsi.
"Kita dah 13 tahun bersama, tak ada apa dah yang saya sangsi. Kalau keluar pun kami bersama-sama, kalau nak fikir bukan-bukan ini bukan masanya. Sekarang ni dah lebih 10 tahun pandai-pandailah nak fikir. Anak dah tiga, nak nak tak nak sudah...
"Siapa yang tak sayang kalau kita bersama-sama masa susah, bila senang ada orang lain. Yang tu memang nak kena penamparlah. Kita perempuan kita faham, mungkin ada kekuranga daripada sisi lain yang kita tak tahu. Itu terpulang pada suami sama ada ingin mencuba (curang) atau tidak," katanya kepada Gempak.
Ayu yang ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Figura dan Figura Coffee Latte di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Figura Cofee Latte adalah gabungan herba alami seperti ekstrak Sacha Inchi, kunyit hitam, ekstrak maca, garam bukit dan stevia manakala Figura pula produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan buah-buahan tempatan dan import.
Ditanya adakah pernah suaminya didekati mana-mana wanita setelah melihat kejayaan dalam bisnes dan bidang pertanian yang diusahakan mereka, jawab Ayu perkara itu bukan hal mustahil.
"Sebelum dia muncul dalam industri hiburan pun ada saja yang cuba rapat dengan dia. WhatsApp, tiba-tiba 'hai'. Tapi kadang-kadang saya buat tak tahu je pun sebab tahu ada kalangan kawan-kawan dari pertanian.
"Cuma agak-agak tengah malam mesej tanya pasal cili agak pelik jugalah. Tapi tak adalah kita nak jealous sangat.
"Soal didekati wanita lain itu biasalah, terutama apabila nampak seorang lelaki itu semakin 'bahagia'. Tapi memang dari dulu lagi ramai sukakan dia sebab dia pandai jaga personaliti dan penampilan.
"Kepada wanita di luar sana silakan, cubalah, silalah... Saya tak kisah pun. Saya boleh jumpa anda, sama ada mahu atau tidak bersama dengan saya," tambahnya.
Ayu juga tidak menghalang suaminya untuk menonjolkan diri dalam dunia seni dan menjadi lebih popular.
"Kita dah lama bersama-sama dalam pertanian, apa kata dia pula masuk ke dalam industri hiburan kalau ada peluang dan ruang ke depan. Dia sebenarnya malu tapi nak mencuba, tak ada masalah pun.
"Cuma, dia ada kerja lain, tunjang utama dia lain, dia fokus yang itu sahaja," katanya yang baru terlibat dalam rancangan masakan My Hubby Taste hujung minggu lalu.
Ayu dan Syed Fauzi berkahwin pada 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 12, Sharifah Alya Aryana, 9, dan Syed Aqif Najmi, 6.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

gempak
25/07/2024
12:55 MYT
Aktres Hollywood, Anya Taylor-Joy telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia pada tahun 2024.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
Viral

Elcah Maafkan Suami & Penyondol - “Saya Tahu Saya Isteri Yang Lurus Bendul…”

gempak
23/07/2024
09:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Elcah mengambil keputusan untuk memaafkan suaminya biarpun terpalit dengan kontroversi diganggu penyondol yang merupakan seorang pramugari.