Hiburan
“Meskipun Ramadan Tahun Ini Akan Berbeza, Aku Berharap….” - Bunga Citra Lestari Tabah
Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari tabah menyambut bulan Ramadan tahun ini tanpa kehadiran suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Bunga, 37, dan anaknya Noah Sinclair, 10, berkongsi ucapan Ramadan mereka untuk tatapan semua pengikut.
“Marhaban ya Ramadan, selamat menunaikan puasa Ramadan 1441H untuk teman-teman semua.
Advertisement
“Meskipun Ramadan tahun ini akan berbeza, aku berharap kita semua dapat menjalankan ibadah dengan lancar.
“Semoga bulan ini membawa banyak berkah untuk kita semua,” tulis Bunga menerusi ruangan IG Story.
Bunga juga sempat menitip sekeping foto dirinya memakai telekung sembahyang bersama ucapan tersebut.
April lalu Bunga dilihat memuat naik sekeping foto berwarna hitam sebagai tanda simbolik kepada kehilangan yang dirasai dalam hidupnya pada tahun ini.
Suami Bunga, aktor Ashraf Sinclair, 40, telah meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Ashraf dikebumikan di San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat, Indonesia.
Must-Watch Video