Hiburan
"Mesti Anak-Anak Tak Nak Sangat Dekat Ayah Dorang Kan Sebab..." - Cara Faralyna Memang Win!
Mendidik anak-anak bukan tugas seorang ibu semata-mata, tetapi ayah juga memainkan peranan yang penting untuk sama-sama memberikan kasih sayang.
Bukan satu perkara yang senang apabila ayah juga bertanggungjawab untuk mencari pendapatan keluarga dan kerja yang dilakukan mungkin juga menyebabkan kurang masa untuk bersama dengan anak-anak.
Namun buat bekas pelakon dan usahawan Faralyna Idris, perkara itu memerlukan usaha bukan sahaja di pihak ayah, tetapi juga ibu memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak sentiasa ingat pada ayah mereka.
“Mesti anak-anak taknak sangat dekat Ayah dorang kan sebab Ayah selalu takde - yang org selalu cakap dekat kita.
“Tula abang tu jarang ada dekat rumah. Memang anak-anak taknak lah dengan abang. - yang kita tak sengaja cakap dekat suami sebab kita anggap biasa je cakap macam ni, sebab facts," tulis Faralyna tentang perkara yang sering diperkatakan orang atau seorang isteri.
Faralyna yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Bonda di akaun Instagram miliknya mengakui bahawa suaminya jarang berada di rumah kerana hal-hal kerja. Balik kerja anak-anak sudah tidur, dan pergi kerja kadangkala anak-anak belum bangun lagi.
"Tapi of course ada usaha-usaha yang suami Bonda buat untuk adakan masa dan ruang untuk dia dan anak-anak spend together.
"Bonda? Walaupun suami dah berusaha, tak bermakna Bonda boleh duduk diam senang lenang. Bonda pun kena usaha sama, cari iniative lain yang Bonda boleh buat supaya anak-anak dapat masa yang secukupnya dengan Ayah dorang," tulis Faralyna.
Menurut Faralyna, dia berusaha untuk memastikan bahawa anak-anaknya sentiasa ada masa bersama ayah mereka sama ada melalui telefon, panggilan video ataupun bawa anak-anak ke pejabat ayah mereka dan singgah seketika
“'Ayah tu busy lah' antara benda yang Bonda cuba elakkan cakap dengan anak-anak. Walau hakikatnya kita tahu Ayah busy TAPI kita boleh jadikan dalam kesibukan Ayah, tetap Ayah ada untuk anak-anak. Tetap Ayah dalam hati & fikiran anak-anak. Tetap ‘Ayah’ yg anak-anak sering sebut sebutkan.
"Kenapa kita pula nak kene usaha? Mestilah. Anak-anak ni anak kita bersama, suami isteri. Jadi, suami isteri harus sama-sama berusaha untuk anak-anak.
"Bila dia cranky, memang dia nak Bonda je. Tapi kena time dia nak Ayah je tu, bila depan mata tak ak lepas. Takda depan mata, sehari 20 kali nak video call.Oh Ayu," tulis Faralyna bercerita tentang anak bungsunya itu.
Faralyna Idris berkahwin dengan Muhammad Fikri Abdullah pada 12 Disember 2014 dan melalu perkongsian hidup mereka hingga kini, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Fina Anggun yang dilahirkan pada 29 Oktober 2015 dan Fira Ayu yang dilahirkan pada 21 Jun 2018.
Must-Watch Video