Berita
Mia Ahmad Kongsi 5 Ayat Yang Perlu Elak Dilontarkan Kepada Wanita Mengandung...
Proses mengandung sememangnya bukanlah satu fasa yang mudah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang buat pertama kali melalui pengalaman berbadan dua.
Justeru, macam-macam ragam yang sering kita dengar. Tidak dapat dinafikan, adakalanya, mereka berdepan dengan cabaran tersendiri sehingga ada yang boleh mengganggu emosi mereka.
Lebih-lebih lagi apabila terpaksa menghadap 'mulut' orang sekeliling. Begitu juga yang dirasai oleh pelakon Mia Ahmad yang kini sedang mengandung anak kedua.
Justeru, Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32,
berkongsi pesanan kepada umum mengenai lima ayat yang perlu dielakkan daripada dilemparkan kepada wanita mengandung menerusi satu entri di Instagram miliknya:
1."Kamu sangat besar"," Kamus sangat kecil" - Jangan komen pada saiz. Sesetengah orang sangat sensitif terhadapnya.
2. "Kamu nampak sakit/pucat/sedih" - Tolonglah simpan untuk diri sendiri. Banyak ibu yang mengandung mengalami alahan dan insomnia yang teruk.
3. "Biar saya beritahu anda perkara paling buat saya trauma ketika saya bersalin" - Jangan berkongsi hal menakutkan. Ia bukan tanggungjawab anda untuk pastikan mereka tahu setiap hal ngeri yang mungkin bakal terjadi.
4. "Pastikan menyusu badan" - Nak semak semua hal. Setiap ibu bapa mempunyai perjalanan mereka sendiri membesarkan anak.
5. "Kamu asyik lapar" - Wanita mengandung memang selalu berasa lapar dan mereka tidak perlukan komen sedemikian.
Mia bakal melahirkan anak keduanya pada Jun nanti.
Pelakon drama Jejak Karmila itu mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd. Izham Tarmizi.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada September 2018.
Must-Watch Video