Bulan Ramadan memang banyak dugaan, tetapi ia tidak sepatutnya dijadikan halangan untuk anda meneruskan ibadah puasa.

Tapi, ada sesetengah orang mempunyai banyak sangat alasan untuk ponteng puasa... Ish, tak baik!

Ha, terbaru pelakon Mia Sara kantoikan rakannya, Fikry Kiki yang ponteng puasa!

Eh, biar betul?

Ha, jangan salah sangka kerana itu hanyalah babak-babak yang terkandung dalam Salam Squad 2.0.


Salam Squad kini kembali dengan Salam Squad 2.0 bersama Imran, Wadi, Raf dan Asnida!

Salam Squad 2.0 berkisarkan tentang kehidupan seharian pelajar di sekolah serta di rumah.

Isu-isu yang diketengahkan di dalam video pendek ini juga sangat relevan dengan kehidupan seharian.

Antara isu yang diketengahkan di dalam video pendek ini adalah, Bulan Puasa, Israk Mikraj, Hari Raya, Ragam di Masjid, Hutang dan banyak lagi.

Jangan lupa saksikan keletah Rykarl Iskandar, Mia Sara, Nik Adam Mika, dan Fikry Kiki di laman YouTube Astro Ceria!

Ha, dalam pada itu, jangan lupa tonton musim baru Salam Squad 2.0 yang sudah mula bersiaran pada 22 April, di Astro Ceria setiap Rabu, 6 petang!