,
Hiburan

Michael Ang Baca Bacaan Solat Dalam Bahasa Inggeris, Sah atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti WP

Kamaruddin Razal
05/05/2019
21:39 MYT
Mana-mana individu yang tidak mampu menghafal Al-Fatihah ketika bersolat agar membaca 'bismillahirahmanirahim'dan mengulanginya sebanyak tujuh kali, pesan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
"Jika langsung tidak boleh membaca mana-mana ayat daripada al-Qur’an, maka bolehlah orang itu menggantikannya zikir-zikir", jelas Dr. Zulkifli menerusi artikel yang diterbitkan beliau di laman web Mufti Wilayah Persekutuan pada Ahad.
Menurut laporan Astro Awani, pesanan ini dibuat beliau ketika merujuk kepada pendedahan pengarah sensasi Michael Ang yang mengakui terpaksa melafazkan bacaan dan surah solat fardu dalam bahasa Inggeris kerana mengalami kesukaran untuk membacanya dalam bahasa Arab selepas lebih setahun memeluk Islam.
"Adapun perbuatan menterjemah (bacaan dan surah solat fardu) mengikut pandangan jumhur ulamak tidak dibenarkan kecuali satu pendapat dalam mazhab Hanafi yang menyatakan boleh untuk membaca seperti terjemahan akan tetapi diberi tempoh tertentu."
"Kepada yang tidak mampu baca al-Fatihah dalam bahasa Arab, bacalah ayat al-Quran seperti 'bismillahirahmanirahim'yang diulang tujuh atau lapan kali seolah-olah sudah menyamai surah al Fatihah."
BACA: Alhamdulillah! Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam!
BACA: "Jangan Sindir & Perli, Tetapi..." - Ustaz Firdaus Wong Kongsi Detik Pengislaman Michael Ang
Beliau juga berpesan agar mana-mana individu yang tidak mampu menghafal bacaan wajib ketika bersolat mulakan dengan menghafal perkara-perkara rukun terlebih dahulu seperti al-Fatihah.
"Mungkin boleh hafal secara beransur-ansur mengikut potongan ayat seperti menghafal satu hari satu ayat atau satu minggu satu ayat dan kemudian menambah lagi sedikit demi sedikit secara beransur-ansur," jelasnya.
Minggu lalu, Michael membuat pengakuan mengejut bahawa sudah memeluk agama Islam sejak lebih setahun lalu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Sekadar Gimik & Marketing, Hujung-Hujung Jual Produk!” - Michael Ang Siap Buat List! Takkan Percaya Konten Mengarut

gempak
02/10/2024
02:25 MYT
Pengarah, Michael Ang menyatakan selepas ini dia tidak lagi akan percaya dan tertipu dengan konten-konten disifatkan sebagai mengarut di media sosial.
Hiburan

Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama, Michael Ang Harap Atlet Para Negara Terima Habuan Sama Rata - “Jangan La Anak Tirikan Diorang…”

gempak
03/09/2024
04:55 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou membawa pulang pingan emas pertama untuk Malaysia pada final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, Paris.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Hiburan

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

gempak
24/07/2024
08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Hiburan

Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"

gempak
04/07/2024
08:55 MYT
Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang enggan memboikot pelakon sensasi Ruhainies biarpun terheret dalam kontroversi panas membabitkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.
BorakSeeni