Laman Utama

Michael Ang Ketawa Baca Komen Netizen – "Kelakarlah Kau Orang Ni, Takkan Aku Nak Suruh Uqasha Buka Seluar?

Fiza Kamarudin
28/10/2020
04:03 MYT
Pengarah drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang akui ketawa ketika membaca komen warganet pada foto Uqasha Senrose sedang melahirkan anak memakai seluar panjang yang tular di media sosial.
Michael ketika dihubungi berkata, gambar tersebut merupakan foto di sebalik tabir yang diambil di sekitar set penggambaran.
“Seperti yang Kamal Adli ciap di Twiiter dia sebelum ini, gambar tu gambar belakang tabir. Saya ketawa aje baca komen netizen.
“Benda belum siap lagi. Tapi tak apalah saya tak marah pun. Sekurang-kurangnya saya tahu orang tengok drama tu,” katanya.
Tambah Michael lagi, secara logiknya tidak mungkin dia menyuruh Uqasha menanggalkan seluar semata-mata mahu merakamkan babak wanita bersalin.
“Agaknya sebelum ini babak bersalin dalam TV atau filem tu orang tak pernah tengok cara pembikinannya.
“Jadi jangan salahkan mereka kerana mereka mungkin tidak tahu teknik kamera dan suntingan yang akan menampakkan pelakon seperti sedang betul-betul melahirkan anak. “Sama seperti saya, gunakan teknik kamera dan suntingan. Takkanlah saya nak suruh Uqasha buka seluar pula? Sudah tentu saya bertanggung jawab menjaga aib pelakon.
“Tengok betul-betul pada bahagian perut sehingga peha kan ada kain yang tutup. Nanti selepas sunting, tak nampaklah seluar tu semua,” katanya.
Terdahulu gambar belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya sedang melahirkan anak memakai seluar panjang tular di media sosial dan mengundang kritikan netizen.
Sebahagian netizen mendakwa pihak produksi lalai kerana tidak logik wanita dalam proses melahirkan anak memakai seluar panjang.
Perkara tersebut turut menarik perhatian Kamal Adli yang juga pelakon drama tersebut untuk mengulas mengenai gambar daripada babak lakonannya itu.
[[BACA: Kamal Adli Jawab Foto Babak Bersalin Pakai Seluar – “Behind The Scene Memang Kita Tutup Aib, Banyak Camera Angle…”]]
Perempuan Tanpa Dosa, sebuah siri drama adaptasi novel arahan Micheal Ang dibintangi oleh Kamal Adli,Uqasha Senrose,Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin .
Drama adaptasi karya tulisan Fatinilam Sari Ahmad ini bersiaran setiap hari Isnin sehingga Khamis di Astro Ria, saluran 104 bermula jam 10 malam.
Turut membintangi drama ini ialah Yusuf Bahrin (Rahman), Zac Zaky (Eddie), Hilal Azman (Datuk Majid), Shaza Bae (Yaya), Azza Elite (Kak Habsah) dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Hiburan

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

gempak
24/07/2024
08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Hiburan

Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"

gempak
04/07/2024
08:55 MYT
Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang enggan memboikot pelakon sensasi Ruhainies biarpun terheret dalam kontroversi panas membabitkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Filem

Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

gempak
12/06/2024
14:55 MYT
Tidak hanya dikenali sebagai seorang pengarah, pelakon dan penerbit, Michael Ang turut popular dengan kameo-kameo lucunya di dalam pelbagai filem dan drama terbitan Astro.
Hiburan

“Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan

gempak
01/06/2024
07:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang memberikan respon terhadap individu yang mengkritik rupa paras suami pelakon, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz.