Laman Utama

MIFFest Edisi Ke-6 Bakal Terbangkan Bintang Terkemuka Dunia Sebagai Tetamu Istimewa

Shahrin Zulkifle
08/03/2023
06:00 MYT

Seorang bintang terkemuka dunia dijangka bakal hadir pada Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) keenam yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 29 Julai depan.

Presiden MIFFest, Joanne Goh yang juga bertindak sebagai penganjur berkata buat masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan siapakah bintang tersebut, namun memberi sedikit bayangan seorang lelaki.

Malah, pihaknya juga berhasrat untuk mengundang aktres Hollywood kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh bagi menghangatkan acara berkenaan.

Bintang terkenal dunia bakal hadir

“Pihak kami sangat teruja untuk edisi kali keenam ini dan tidak sabar untuk menuju ke tarikh acara tersebut. Ingin juga kami kongsikan satu berita gembira iaitu akan ada seorang bintang terkenal dunia yang akan kami bawakan pada majlis tersebut.

“Tetapi siapakah dia saya tidak boleh lagi dedahkan, cumanya dia seorang lelaki. Pastinya dia seorang yang sangat terkenal

“Kami juga pernah mengundang Michelle Yeoh beberapa kali pada edisi sebelum ini, tetapi dia tidak dapat hadir kerana tarikh acara kami selalunya bertembung dengan penggambarannya.

“Untuk edisi kali ini belum lagi hantar undangan, namun pihak kami akan cuba menjemputnya lagi,” katanya kepada Gempak.

Joanne berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media MIFFest edisi ke-6 yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

300 penyertaan diterima MIFFest

Berkongsi mengenai penyertaan bagi edisi kali ini, Joanne berkata pihaknya sangat berbangga apabila MIFFest semakin meraih kepercayaan daripada pengkarya seluruh dunia selepas lebih 300 penyertaan diterima untuk dipertandingkan tahun ini.

"Untuk edisi kali ini penyertaan sangat memberangsangkan kerana kami menerima lebih 300 penyertaan.

“Jika dilihat edisi sebelumnya tidak mencecah pun 200 pencalonan. Kami juga terima penyertaan filem dari pelbagai rantau termasuk Eropah, Asia dan lain-lain sekali gus membuktikan MIFFest semakin dikenali dan diterima baik.

"Penyertaan dari Malaysia juga semakin baik dan bertambah dari tahun sebelumnya, kira-kira 20 filem yang mewakili Malaysia. Saya yakin kali ini penjurian akan lebih mencabar dan kita nantikan filem mana yang bakal bersinar," tambahnya lagi.

Bekerjasama dengan BMW Shorties

Untuk edisi keenam ini, MIFFest turut mengumumkan kerjasama dengan BMW Shorties, pertandingan filem pendek paling berprestij yang sudah wujud sejak 17 tahun lalu.

Pemenang hadiah utama BMW Shorties kali ini bakal menerima geran RM80,000 dan hadiah lain. Beberapa filem yang memenangi pertandingan juga bakal ditayangkan di festival itu.

Selain BMW Shorties, MIFFest turut meneruskan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk TikTok Malaysia sebagai rakan kongsi rasmi untuk MIFFest, kerjasama berterusan dengan Udine Far East Film Festival (FEFF) di Itali, dan penampilan semula pelakon terkenal Malaysia Bront Palarae sebagai duta festival.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MIFFest 2024: Zul Ariffin Antara Juri, Hirokazu Kore-eda & Christine Hakim Pula Bakal Terima Anugerah Pada Malam Kemuncak

gempak
25/06/2024
06:02 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) telah mengumumkan barisan programnya untuk edisi ke-7 yang dinanti-nantikan, yang akan mengubah Kuala Lumpur menjadi syurga sinematik dari 21-28 Julai 2024. Dengan rangkaian filem yang luar biasa, MIFFest terus meraikan semangat pawagam Malaysia dan antarabangsa.
Hiburan

#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian

gempak
07/05/2024
13:55 MYT
Uniknya busana Michelle Yeoh.
Hiburan

MIFFest-7 Lantik Bront Palarae Duta Rasmi & Zizan Razak Lembaga Penasihat, Angkat Tema Uncaged!

gempak
08/03/2024
13:46 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7 (MIFFest) bakal berlangsung pada 21 hingga 28 Julai 2024 dengan mengangkat tema Uncaged.
Hiburan

Tahun Lalu Menang Anugerah, Michelle Yeoh Kembali Ke Golden Globe Jadi Penyampai

gempak
05/01/2024
12:55 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh kembali ke majlis berprestij yang pernah menjulang namanya sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi di Golden Globe pada tahun lalu dengan menjadi penyampi pada penganjuran kali ini
Hiburan

Rupanya Michelle Yeoh Sambut Cucu, Bukan Anak!

gempak
02/01/2024
10:19 MYT
Tahniah untuk kelahiran cucu!