HIBURAN
"Mikael Luah Dia Benci Individu Itu, Rasa Tertipu" - Ibu Kongsi Keadaan Terkini Anak Selepas Viral Dakwaan 'Sexual Grooming' Penyanyi Irama Malaysia
Ibu kepada pelakon cilik, Mikael Noah, iaitu Salzelin Osman mendedahkan anaknya sukar untuk memahami situasi yang berlaku selepas terlibat dalam satu insiden tidak diingini membabitkan seorang individu yang rapat dengannya.
Menurut Salzelin, Mikael pada mulanya tidak menyedari sebarang kejanggalan atau kesalahan dalam perlakuan individu berkenaan kerana sering dilayan dengan baik malah diberikan hadiah serta dibawa ke tempat-tempat yang disukainya.
"Pada awalnya, dia macam tak faham kenapa perkara ini berlaku. Dia rasa individu itu sayang dia, selalu beri hadiah, bawa dia ke tempat yang dia suka dan macam-macam lagi.
"Bagi Mikael, apa yang dilakukan oleh individu tersebut langsung tidak salah dari pandangannya," katanya kepada Gempak.
Namun, semuanya berubah apabila Salzelin mengambil langkah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan membawa Mikael bersama semasa proses tersebut.
“Masa saya buat laporan polis tu, saya bawa Mikael sekali. Jadi dia dengarlah apa yang pihak polis terangkan dekat dia.
“Saya juga minta dia baca komen-komen orang ramai yang menyatakan perbuatan individu terbabit sebenarnya salah.
“Daripada situ, perlahan-lahan dia mula sedar dan memahami situasi sebenar,” jelasnya.
Dalam pada itu, Salzelin turut berkongsi emosi Mikael kini dalam keadaan yang baik, namun anaknya menyatakan perasaan kecewa terhadap individu tersebut.
“Sekarang ni Mikael dah okay, cuma dia pernah luah dekat saya yang dia benci individu tu. Mungkin sebab dia rasa tertipu.
“Dia kata dia rasa benci sebab kena tipu. Saya nampak dia semakin matang bila berdepan situasi macam ini,” ujarnya.
Sekadar info, Ibu kepada pelakon cilik, Mikael Noah iaitu Salzelin Osman mendakwa anaknya menjadi mangsa ganguan seksual seorang penyanyi irama Malaysia.
Saksikan video penuh interview eksklusif bersama ibu Mikael Noah di Gempak.com
Must-Watch Video