Miliki Aset RM1.8 Bilion, J.Lo Bercuti Naik Kelas Ekonomi Harga RM673
Maliah Surip
26/06/2024 12:39 MYT
26/06/2024 12:39 MYT
Jennifer Lopez dilaporkan memiliki aset mencecah RM1.8 bilion hasil kemahsyurannya sebagai pesohor seni.
Namun kekayaan yang melimpah ruah langsung tidak menghalang bintang Hollywood itu untuk merasai kehidupan seperti ‘orang biasa’ apabila dilihat memilih kelas ekonomi dalam penerbangan sewaktu bercuti baru-baru ini.
Penyanyi yang sedang berdepan masalah rumah tangga dengan Ben Affleck tersebut dilaporkan duduk dalam kelas ekonomi di pesawat KLM yang membawanya dari Naples, Itali ke Paris, Perancis.
Bintang berusia 54 tahun itu berpakaian kasual dan duduk di bahagian tingkap kerusi kelas ekonomi. Harga kelas ekonomi dalam penerbangan tersebut dianggarkan paling mahal bernilai RM673, lapor MailOnline.
Pada masa sama, J Lo juga berusaha menjual kediaman di Beverly Hills pada harga RM280 juta selepas dilaporkan sudah duduk berasingan dengan Affleck. J Lo kini dikatakan menyewa kediaman di Brentwood pada harga RM470,000 sebulan.
Namun kekayaan yang melimpah ruah langsung tidak menghalang bintang Hollywood itu untuk merasai kehidupan seperti ‘orang biasa’ apabila dilihat memilih kelas ekonomi dalam penerbangan sewaktu bercuti baru-baru ini.
Penyanyi yang sedang berdepan masalah rumah tangga dengan Ben Affleck tersebut dilaporkan duduk dalam kelas ekonomi di pesawat KLM yang membawanya dari Naples, Itali ke Paris, Perancis.
Bintang berusia 54 tahun itu berpakaian kasual dan duduk di bahagian tingkap kerusi kelas ekonomi. Harga kelas ekonomi dalam penerbangan tersebut dianggarkan paling mahal bernilai RM673, lapor MailOnline.
BERITA TRENDING: J.Lo Kongsi ‘Look’ Perkahwinan Pertama, ‘Menggoda’ Di Sebalik Veil
BERITA TRENDING: Jennifer Lopez Bersolek Sendiri Di Majlis Perkahwinan, Buat Gaya Mata ‘Smokey Eyes’
Sejak beberapa minggu lalu, J Lo berdepan dengan banyak berita negatif bukan hanya berkaitan rumah tangga tetapi juga mengenai karier seperti pembatalan siri This Is Me… Live Tour.Pada masa sama, J Lo juga berusaha menjual kediaman di Beverly Hills pada harga RM280 juta selepas dilaporkan sudah duduk berasingan dengan Affleck. J Lo kini dikatakan menyewa kediaman di Brentwood pada harga RM470,000 sebulan.