Skip to main content

Viral

Jennifer Lopez Bersolek Sendiri Di Majlis Perkahwinan, Buat Gaya Mata ‘Smokey Eyes’

jennifer-lopez-mekap-sendiri.jpg

Selebriti Hollywood Jennifer Lopez dikhabar tidak menggunakan khidmat jurusolek profesional untuk menata rias wajahnya ketika melangsungkan majlis perkahwinan dengan aktor terkenal, Ben Affleck baru-baru ini.

Difahamkan, penyanyi dan juga pelakon yang baru memasuki usia 53 tahun itu menyolek wajahnya sendiri ketika majlis perkahwinannya yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, dia turut menggayakan solekan ‘smokey eyes’ yang begitu sinonim dengan wajahnya selama ini. 

Menerusi platform TikTok, pendandan rambut selebriti Chris Appleton mendedahkan perkara tersebut. 

Walaupun membuat solekannya sendiri, rambutnya mendapat sentuhan Appleton manakala kukunya diserikan artis kuku popular Tom Bachik. 

“Penampilan terakhir sebelum bergelar isteri. Rambut oleh saya dan solekan oleh JLo sendiri,” tulis Appleton di ruangan kapsyen.
 

Last minute feelings before fhe wedding ? hair by me and makeup by jlo

Must-Watch Video

Advertisement