HIBURAN

Mimi Lana Kongsi Sisi Comel Syafiq Kyle - “Dia Memang Manja & Rapat Dengan Ibunya”

Mya Amri 31/05/2025 | 05:50 MYT
Pelakon, Mimi Lana mendedahkan sisi sebenar suaminya, Syafiq Kyle yang disifatkan sebagai ‘anak emak’.

Manja dan rapat dengan ibu

Menurut Mimi, Syafiq merupakan seorang anak yang manja dan sangat rapat dengan ibunya, Rohaya Sulaiman.

“Syafiq memang 'anak emak', tapi apa yang saya boleh cakap adalah ke arah yang baik dan positif.

“Saya rasa semua orang pun nampak bagaimana Syafiq melayan ibunya dengan baik serta mesra pada majlis tayangan filem lakonannya atau ketika ditemu bual.
"Jadi, kalau ada orang tanya adakah layanan dia pada saya sama seperti ibunya, kita harus faham, Syafiq sudah hidup bersama dengan ibunya berpuluh tahun dan berbeza dengan saya," ujarnya.
Mimi berkata demikian ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Mencari Ramlee, bertempat di GSC Mid Valley pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Mimi Lana Tak Ada Masalah Tayang Kemesraan Bersama Syafiq Kyle – “Tak Ada Nak Sorok-Sorok”

ARTIKEL BERKAITAN:Mimi Lana Sedia Bergelar Ibu, Serah Pada Rezeki - “Syafiq Kyle Setiap Hari Cakap Fasal Nama Anak“

ARTIKEL BERKAITAN:Momen Mimi Lana Peluk Syafiq Kyle Di Majlis Kahwin Eyka Farhana Tular Di TikTok, Netizen Suka; - “Ulang Tengok Banyak Kali”

ARTIKEL BERKAITAN:Kecantikan Mimi Lana Jadi ‘Bridesmaid’ Di Majlis Pernikahan Eyka Farhana Curi Tumpuan - “Seri Pengantin Tak Hilang Lagi”

ARTIKEL BERKAITAN:#GempakVideoNews : Mimi Lana & Syafiq Kyle Tak Letak Syarat Lepas Kahwin - “Perlu Ada Common Sense…”

Diterima baik keluarga mentua

Ditanya mengenai penerimaan keluarga Syafiq, Mimi berkata dirinya juga diterima dengan baik dalam keluarga suaminya itu.

"Saya tidak berasa seperti orang luar kerana mereka sekeluarga menerima kehadiran saya dengan baik.

"Pada masa sama, saya juga menantu perempuan dalam keluarga kerana adiknya juga lelaki," katanya.
Terdahulu, menerusi video di TikTok, Mimi berkongsi mengenai sisi sebenar Syafiq yang sangat akrab dengan ibunya.
Malah hubungan Mimi juga baik bersama ibu mentuanya yang sudah lama dikenali sejak mereka mula bercinta.
#Syafiq Kyle #Ibu #Mimi Lana #Manja