Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mimi Lana Lalui Fasa Kesedihan Disebabkan Majlis Kahwin Batal - “Saya Bersyukur Allah Beri Macam-Macam Jenis Perasaan”

Asyikin Mayudin
26/03/2024 03:25 MYT
Pelakon Mimi Lana mengakui dia melalui fasa kesedihan apabila majlis perkahwinannya dengan aktor Syafiq Kyle yang sepatutnya berlangsung pada Ogos tahun lalu batal.

Bagaimanapun, Mimi berkata dia enggan terlalu melayan perasaan sedihnya sehingga memberi kesan kepada kehidupan harian dan orang sekelilingnya.

“Sudah tentu sebagai seorang wanita, kita dah cuba yang terbaik… sudah tentu sedih dan perasaan itu tak boleh nak tipu. Siapa yang lalui benda sama macam saya, mesti dia rasa sedih dan rasa ‘down’.

“Macam saya cakap sebelum ini, kita kena embrace feeling yang Allah berikan kepada kita. Kalau hari ini Allah nak beri kita rasa sedih, kita perlu menangis. Kalau happy, kita perlu happy.

“Tapi benda itu kena bersederhana supaya tak ada sampai terbawa-bawa sehingga beri kesan pada kehidupan kita dan makan diri kita balik,” kata Mimi kepada Gempak.

Mimi ditemui sebelum mula penggambaran drama siri Astro Original terbitan Astro Shaw berjudul First Wives di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

Syukur Rasa Macam-Macam Jenis Perasaan

Dalam pada itu, Mimi turut meluahkan rasa syukur apabila dia dapat menangani fasa tersebut dengan baik dan kini menjalani kehidupan yang lebih tenang.

“Alhamdulillah, saya dapat hadapi benda itu dengan baik. Saya cuba jadi sederhana dalam apa saja yang saya rasa.

“Saya bersyukur yang Allah beri saya rasa macam-macam jenis perasaan untuk masa depan nanti saya lebih kuat dan tenang. Bukan saja untuk diri saya, tapi orang keliling saya juga,” ujarnya lagi.

Bersemuka Dengan Syafiq Kyle

Sementara itu, Mimi turut mendedahkan dia tidak mengambil tempoh yang lama untuk bersemuka dengan Syafiq memandangkan mereka juga sudah mengenali satu sama lain hampir 10 tahun.

“Saya tidak mengambil tempoh lama untuk bersemuka dengan Syafiq. Usia perkenalan sembilan tahun membuatkan kami matang. Kami tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

“Industri seni ini kecil sahaja, jadi kena profesional dan ketepikan hal peribadi. Saya juga tiada masalah bergandingan dengannya,” katanya.

Terdahulu, kisah Mimi dan Syafiq yang membatalkan majlis pernikahan mereka pada 18 Ogos tahun lalu menjadi bualan hangat.

Bagaimanapun kedua-dua kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.

BERITA TRENDING: Video Makan Malam Bersama Syafiq Kyle Tular, Mimi Lana Beri Penjelasan

BERITA TRENDING: Meerqeen Ulas Gosip Bercium Dengan Mimi Lana Di Kelab Malam, Sudah 'Men-To-Men' Talk Dengan Syafiq Kyle!

#Artis #Syafiq Kyle #Mimi Lana #Majlis Kahwin #Artis Kahwin #Mimi Syafiq #Mimi nikah
;