DRAMA
Mimi Lana & Melissa Campbell Bakal Buat Penonton Resah, First Wives Raikan Solidariti Wanita Bila Berdepan Suami Jahanam
Selepas drama premium popular, One Cent Thieft 2 ditayangkan, Astro Originals kini membawakan sebuah lagi siri terbaharu iaitu First Wives.
Wanita & persahabatan nadi utama
Menurut Penerbit Eksekutif First Wives merangkap Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, penonton dapat menyaksikan wanita dan persahabatan sebagai nadi utama dalam penceritaan selain ingin meraikan golongan ini yang kuat dan tabah.
“Kami mahu memastikan setiap kisah yang dipersembahkan di bawah Astro Originals mempunyai keseimbangan dan mampu memberi impak kepada semua penonton.
“‘Jangan pandang rendah pada wanita’, mesej ini yang ingin kami bawakan dalam First Wives, di mana penonton dapat menyaksikan wanita dan persahabatan sebagai nadi utama penceritaan dan kami ingin meraikan golongan ini yang kuat dan tabah.
“Jalan cerita ini bukan sekadar kisah fiksyen, tetapi cerminan realiti di mana kes curang dan kes terjerat dalam hutang suami banyak berlaku dalam masyarakat kita.
“Kami mengharapkan First Wives dapat menyuntik semangat buat para wanita untuk bangkit memperjuangkan hak mereka, menuntut keadilan, dan membina kehidupan yang lebih bermakna tanpa perlu terus terperangkap dalam pengkhianatan dan bebanan,” ujarnya.
Siri Premium Astro Originals menyaksikan kolaborasi kedua bersama jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari.
Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk.
Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuah video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.
"Kami di Goodday Charge berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan Astro Shaw dalam siri premium Astro Originals, ‘First Wives’.
“Seperti watak-watak dalam ‘First Wives’ yang penuh keazaman dan keberanian, Goodday Charge memberikan tenaga untuk terus maju dan menghadapi cabaran kehidupan.
“Kami percaya bahawa dengan tenaga yang cukup, sesiapa sahaja mampu mencapai lebih banyak dan mencipta perubahan positif.
“Melalui kerjasama strategik ini, kami bukan sahaja dapat memperkukuh kehadiran jenama dengan pelbagai inisiatif pemasaran dan penempatan produk, tetapi juga menginspirasi penonton untuk terus kuat dan bertenaga dalam apa jua perjalanan mereka,” jelas Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd, Amy Gan.
Barisan pelakon
Menariknya, First Wives menampilkan Mimi Lana (Diyana), Malek Mccrone (Azzim), Melissa Campbell (Michelle) dan Charles Roberts (Roshan).
Selain itu, First Wives turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baru bagi mewarnai setiap karakter, seperti pelakon Andy Teh, Carmen Soo, Theebaan G, Zeera Azizi dan Sathisvaran.
First Wives merupakan terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions.
Sementara itu pengarahnya adalah Imri Nasution, penulis skrip oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali, Dee Dee Peter.
Drama premium 8 episod ini akan menemui penonton bermula 11 April, setiap Isnin jam 9 malam, di Astro Citra (saluran 108), manakala Astro Ria (saluran 104).
Manakala pada 12 tengah malam menerusi platfrom On Demand, Astro GO dan sooka.
Untuk info, drama premium terbaharu ini menyelami naratif yang mengangkat persahabatan wanita yang bersatu untuk berdepan dengan pengkhianatan.
Topik ini sangat relevan dengan masyarakat Malaysia, kerana ia mengupas emosi dan pengalaman wanita dalam menghadapi penipuan dan kepercayaan dan dugaan.
Must-Watch Video