Pelakon yang sedang meningkat naik, Mimi Lana tidak menjadikan nama kekasihnya, aktor Syafiq Kyle sebagai landasan mudah untuk mendaki populariti.

Hampir empat tahun menyulam cinta, Mimi tidak menjadikan status Syafiq sebagai pelakon terkenal sebagai alasan untuk dia menumpang populariti.

"Saya tak pernah terlintas untuk menumpang nama Syafiq atau meraih populariti dari perhubungan yang kami jalinkan. Sebelum ini pun, kami diamkan sahaja kasih yang terjalin.

"Namun begitu, saya memang merujuk dengan Syafiq dalam setiap aktiviti seni yang saya lakukan. Pengalaman yang dia ada semenjak berlakon bermula tahun 2011 saya ambil dan aplikasikan dalam kerjaya saya.

"Saya jadikan kisahnya sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Dia juga banyak memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi," kata Mimi.

Tambah gadis tinggi lampai ini, dia juga mempunyai banyak perancangan tersendiri untuk karier lakonannya.

"Saya dan Syafiq belum lagi terfikir atau mempunyai hasrat untuk membawa hubungan kami ke peringkat yang lebih serius.

"Dia sudah mempunyai nama dan sedang dikenali, lebih baik dia terus fokus. Saya juga sama, banyak lagi perkara yang mahu saya capai dan lalui untuk berada di tahap sepertinya. Saya idamkan untuk membawa pelbagai lagi watak bagi melengkapkan portfolio sebagai seorang pelakon," katanya lagi.

OFFICIAL TRAILER #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Directed @razaisyam Production @alpha47films @directorsthinktank @astroshaw

A post shared by MIMS (@missmimilana) on


Filem lakonan Syafiq dan Mimi, Pusaka yang diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47 bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Selain Syafiq dan Mimi, filem ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.