"Mimpi Jadi Kenyataan Bila Saya Jumpa Awak"- Ucapan Sweet Suami Sempena Hari Jadi Anzalna

Kamaruddin Razal
Januari 10, 2018 12:13 MYT
Suami pelakon Anzalna Nasir, Hanif Zaki mendedikasikan ucapan menyentuh hati sempena sambutan hari lahir isterinya.
Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir menyambut hari lahir ke-30 semalam (9 Januari).
Hanif memuat naik sepotong video sekitar sambutan awal hari lahir Anzalna yang diraikan di atas sebuah kapal persiaran ketika mereka bercuti baru-baru ini.
Ucapan khas Hanif kepada Anzalna membuatkan hati ramai peminat tersentuh.
Pengikut laman Instagram Hanif menyifatkan ucapan tersebut sebagai sesuatu yang sangat 'sweet'.
Peminat sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada pelakon drama bersiri Dendam Aurora itu.
Dalam pada itu, peminat mendoakan agar perkahwinan Anzalna dan Hanif segera dikurniakan cahaya mata dan kekal sehingga ke jannah.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Hanif & Anzalna
#pelakon #Anzalna Nasir #Pelakon