Hiburan
Minat Sukan Permotoran, Muhammad Bakal Ikut Jejak Langkah Farid Kamil
Pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan anaknya, Muhammad sudah mula menunjukkan minat terhadap sukan permotoran berkuasa tinggi.
Memetik laporan HLive, Muhammad, 6, sudah mula giat menjalani latihan off-road dan bakal mengikuti jejak langkah bapanya yang turut meminati bidang yang sama.
“Muhammad dengan sendirinya meminta pada saya untuk pergi ke kelas-kelas menunggang off-road.
“Pada mulanya saya sendiri yang bercadang nak masuk tapi melihat pada keinginan dia yang nak menceburi bidang permotoran ni, saya membuka satu saluran yang betul untuk dia,” ujar Farid.
Tambah Farid lagi, seharusnya sebagai ibu bapa, minat anak-anak perlu dipupuk dan diberikan pendedahan dari usia muda.
“Saya mengharapkan agar Muhammad meneruskan cita-citanya dan kembangkan bakat yang ada untuk masa depan dia,” katanya lagi.
Farid dan Diana Danille mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad serta Aurora, 4 tahun
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video