"Minor Operation... Tidak Merbahaya, Cuma...." - Izzue Islam Bersyukur Isteri Selamat Jalani Pembedahan

Rozaimi Zubaidi
Januari 9, 2019 03:41 MYT
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam melahirkan rasa syukur selepas isterinya, Awin Nurin selamat menjalani pembedahan membuang benjolan kecil pada pergelangan tangan kiri.
Menerusi entri di Instagram (IG), Izzue mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isterinya.
"Cuma minor operation, Ganglion Wrist Cyst pada pergelangan tangan kiri awin.
"Tidak merbahaya cuma agak mengganggu perjalanan kerja, rasa kebas dan lenguh pada tangan.
"So we decided untuk buang saja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima Kasih Doctor, nurse & semua yang mendoakan isteri saya @awinnurin.
"B, you memang power, walaupon you takut tapi you still boleh layan gelak dengan I. Hilang sikit rasa neves bila you layan bongok I ni kan? Hehekk. Love you sayang," tulisnya.
Rata-rata melahirkan rasa syukur apabila mengetahui isterinya selamat menjalani pembedahan dan mendoakan segera sembuh daripada penyakitnya itu.
#pelakon #Penyanyi #Izzue Islam #Pelakon #Penyanyi