,
Hiburan

"Minta Jauh Sangat-Sangat" - Didakwa Menderita Kanser, Ini Penjelasan Pelakon Veteran Roslan Salleh

Hanafis Haris
05/04/2019
11:04 MYT
Sejak kisah pelakon veteran, Roslan Salleh menjual daging dendeng disiarkan di portal Gempak beberapa hari lalu, ramai netizen yang prihatin bertanyakan tahap kesihatannya.
Namun apa yang menimbulkan persoalan, terdapat juga komen mendakwa pelakon itu kini sedang bertarung sakit kanser.
BACA: "Sedap Sangat!" - Daging Dendeng Pelakon Veteran Roslan Salleh Tiba-Tiba Viral!
Gempak berkesempatan untuk menghubungi dan mendapatkan penjelasan pelakon veteran ini.
Menurut Roslan atau mesra dipanggil Pak Lan, dia memang mengalami masalah kesihatan sejak 10 tahun lalu.
Antara penyakit yang dialaminya termasuklah kencing manis, tekanan darah rendah serta pernah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Namun begitu, berita yang mendakwa dia menderita penyakit kanser itu tidak benar dan khabar angin semata-mata.
"Alhamdulillah, setakat ini sakit saya masih lagi terkawal. Kencing manis dan tekanan darah rendah tu biasalah. Kekuatan pun dah kurang sekarang terutama dekat kaki dan lutut.
"Tetapi, kalau kanser tu, minta jauh sangat-sangat. Terkejut juga jika ada yang membawa berita tidak sahih," katanya.
Menurut Pak Lan, biarpun badannya tidak lagi kuat, dia masih perlu menyara hidup keluarganya dan disebabkan itu lah terhasilnya idea untuk memulakan bisnes daging dendeng.
"Dulu saya pernah jual nasi lemak dengan lauk dendeng di Taman Melawati, Kuala Lumpur tapi itu 10 tahun lalu.
"Jadi sekarang bila dah pulang ke kampung di Masjid Tanah, saya bawa resipi daging dendeng itu dan jualkan secara komersial sejak dua tahun lalu.
"Alhamdulillah walaupun tidak banyak, namun cukup menampung perbelanjaan harian. Dalam sehari tu, lebih kurang 50 bekas juga yang terjual," katanya.
Jika mahu membeli daging dendeng Pak Lan, anda boleh lakukan carian 'Warung Hijau Rojak Sotong' di aplikasi Waze atau Google Maps.
Jika mahu memesannya secara atas talian anda boleh terus menghubunginya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp ke nombor 017-3250843.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar