Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akui berasa terbeban memiliki rumah mewah.
Menurut Aliff, dia perlu memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar untuk membiayai urusan penjagaan kediaman tersebut.
Aliff berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
“Rasa terbeban sangat bila ada rumah yang besar. Masa dulu waktu nak buat rumah ni tak fikir seronok saja, tak fikir nak mantain.
“Setahun sahaja saya kena memperuntukkan ratusan ribu untuk nak repair rumah terutama bila rumah ini dah lama,” kongsinya.
Dalam pada itu, Aliff juga turut memberikan nasihat kepada mereka yang mempunyai hajat untuk memiliki rumah besar.
“Pening kepala jadi kepada anda saya nak bagi nasihat sebelum anda ambil keputusan untuk berpindah di rumah besar tolonglah ready untuk kos penjagaannya.
“Semakin besar umah semakin tinggi kos terutama bila rumah itu dah lama dan kerosakan banyak,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Aliff: