Hiburan

"Minta Maaf, Belum Dapat Bagi Baby ..." - Touchingnya Ucapan Izzue Islam Sempena Hari Jadi Isteri

Amri Hassan
20/06/2019
23:30 MYT
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menyentuh hati peminatnya apabila memuat naik kapsyen syahdu sempena hari ulangtahun kelahiran isterinya, Awin Nurin malam tadi,
Dalam ucapan terbabit, Izzue memohon maaf kerana gagal memberikan zuriat seperti yang diidamkan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
"Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u.
"Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri. Bercuti nak rileks-rileks berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin," getus Izzue.
Malah, Izzue juga memohon maaf atas keterlanjuran perbuatan dan kata-katanya hingga pernah menyebabkan isterinya itu menangis.
"Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis," tambah bekas anggota kumpulan Forteen itu.
Berterima kasih dengan budi baik dan kesetiaan Awin sepanjang bersamanya, Izzue juga sempat berseloroh dengan tabiat nakalnya.
"Isteriku, terima kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan I.
"Tak pernah pun mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur!
"Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir," tulisnya lagi.
Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada 4 Jun 2013 selepas berkenalan lebih lima tahun.

Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u. Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri. Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin. Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis. ? Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan i. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur! Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥️ @awinnurin 21.06 #JuneBaby

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Viral

Lelaki Ini Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Mewah Bernilai RM1.7 Juta Sempena Hari Jadi, Dihantar Dengan Trak Lutsinar!

gempak
22/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki menjadi perhatian perhatian netizen selepas menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah sempena sambutan hari jadinya.
Viral

PBAKL24: "Budaya Membaca Masih Menebal Dalam Kalangan Rakyat Tempatan" - Datuk Seri Muzri Ramli

gempak
31/05/2024
19:29 MYT
‘Kebanjiran’ pengunjung yang hadir ke reruai Karyaseni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 membuatkan penerbit tidak menang tangan.