Usaha murni semua pihak menggembleng tenaga untuk membantu mangsa yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini, memang wajar dipuji.

Pelbagai jenis bantuan disalurkan termasuklah dari segi tenaga, menghantar makanan dan barang keperluan harian serta usaha menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas.

Bagaimanapun di saat getir ini ada juga beberapa kontroversi berlaku dan seperti biasa netizen cekap ‘menjalankan tugas’.

Tular di media sosial beberapa ‘troll’ oleh warga net yang cuba menyampaikan rasa tidak puas hati kepada pihak dalam usaha menangani masalah banjir.

Antara yang menarik perhatian Gempak ialah, mengenai sumbangan untuk membeli water jet bagi kegunaan mangsa banjir.

Menurut pihak yang penganjur, ‘water jet’ yang diperlukan berharga RM1,000 seunit dan sasaran pembelian adalah sebanyak 65 unit.

Namun, apa yang berlaku ialah netizen telah menjalankan siasatan dengan membuat perbandingan harga ‘water jet’ di pasaran.

Kata mereka, harga ‘water jet’ tidak sampai RM1,000 seunit malah boleh didapati dengan harga bermula RM300 hingga RM500 model yang sama.

Selain itu, netizen turut melakukan troll terhadap beberapa isu hangat lain berkaitan banjir.

A post shared by Iesya_Toh 2 (@iesyatoh2)