Laman Utama

Mira Filzah Menangis Anak Dijangkiti Covid-19

gempak
Gempak
23/08/2022
11:13 MYT
Sponsor Banner
Mira Filzah Menangis Anak Dijangkiti Covid-19
Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah, 29, mendedahkan anak lelakinya, Wan Khair Amir yang baru berusia tiga bulan dijangkiti Covid-19 dua minggu lalu.
Menurut pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini, dia menangis sebaik mengetahui Amir positif wabak terbabit.
“Pada mulanya, saya ‘lost’ bila dapat tahu anak dijangkiti Covid-19. Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair.
“Selalunya, baby yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu. Sebelum ini, Amir menangis tanpa mengeluarkan air mata tetapi saya pelik kerana ketika itu, air mata dia mengalir.
“Secara kebetulan, sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif wabak itu. Saya dan suami tak mahu ambil risiko dan kami terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif Covid-19,” katanya memetik laporan Xtra.
Mira ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta jenama Secret Recipe di Citta Mall, Ara Damansara, sebentar tadi.
Mengalami pengalaman yang meruntun jiwa, Mira tak sanggup melihat anaknya yang baru berusia tiga bulan menjalani ujian saringan.
“Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan Covid-19.
“Kita yang dah besar panjang ni pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan.
“Saya reda dan beranggapan situasi itu adalah norma baharu yang dihadapi oleh sesiapa saja. Saya percaya, kalau bukan sekarang mungkin pada masa akan datang, semua orang akan terkena juga jangkitan virus ini.
“Saya sangat bersyukur Amir tidak mengalami gejala yang teruk. Doktor kata tiada ubat spesifik, cuma susu ibu sahaja. Syukur anak saya hanya perlu menjalani kuarantin di rumah dan tidak perlu dimasukkan ke hospital.
“Selepas selesai menjaga anak yang menjalani kuarantin selama seminggu, saya pula yang dijangkiti Covid-19. Alhamdulillah, sekarang kami semua telah pulih,” katanya.
Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak sulungnya, Wan Khair Amir pada 10 Mei lepas.
Sumber: Xtra
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live