Pembukaan kejohanan bola sepak paling berprestij melalui Piala Dunia 2022 yang penuh gilang-gemilang di Stadium Al Bayt, Al Khor dengan lantunan ayat suci Al Qurang mendapat perhatian.

Malah pelakon Mira Filzah turut melahirkan rasa teruja dengan acara pembukaan temasya yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

Mira menerusi laman Instastory miliknya mengucapkan terima kasih kepada Qatar yang memartabatkan negara Islam dan memperkenalkan Islam dengan cara yang bersahaja.

“Tahniah Qatar untuk usaha yang sangat besar, memartabatkan negara Islam dan memperkenalkan Islam dengan cara yang sangat bersahaja,” kata Mira.

Lantunan ayat suci Al Quran tepatnya Surah Al-Hujurat ayat 13 itu disampaikan oleh Brand Ambassador Piala Dunia 2022, Ghanim Al Muftah.

Penonton kemudian diperdengarkan dengan lantunan ayat ke-13 dari surah Al-Hujurat dari Ghanim yang membuat pembukaan temasya di Qatar lain daripada yang lain.

Sementara itu, Mira turut berpendapat bahawa Qatar, UAE dan Kuwait perlu bergabung bagi menjaga serta melindungi negara Islam yang lain.

“Negara-negara Islam di dunia ni sangat kuat sebenarnya. Qatar, UAE, Kuwait. Kalau negara-negara Islam ni bergabung, kekayaan mereka sahaja MashaAllah.

“Kalau la, kalau la, mereka jaga dan lindungi negara-negara Islam yang lain, pasti tiada kuasa luar yang berani menjajah,” ujarnya.

Acara pembukaan Piala Dunia 2022 yang berlangsung sepanjang 20 November hingga 18 Disember turut dimeriahkan dengan pelbagai hiburan termasuk nyanyian dan tarian teatrikal bernuansa Arab.

Malah kehadiran salah seorang anggota BTS, Jung Kook disambut hangat oleh puluhan ribu penonton saat dia membawakan lagu berjudul Dreamers.

Piala Dunia 2022 Qatar diwakili 32 pasukan bola sepak handal dengan perlawanan pembukaan menyaksikan Ecuador menewaskan tuan rumah 2-0.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!