Hiburan
Misha Omar Tidak Akan Bawa Idris Ke Mall Sebelum Usia Enam Bulan
Penyanyi Misha Omar akui sedang cuba kuarantin putera sulungnya, Idris Ezzwa daripada keluar ke tempat terdedah seperti pusat membeli belah sebelum mencecah usia enam bulan.
Misha berkata dia perlu berjaga-jaga kerana Idris merupakan bayi pramatang ketika dilahirkan dah mudah dijangkiti penyakit.
"Alhamdulilah keadaan Idris kini semakin baik malah berat badannya sekarang ketika usia empat bulan masih dalam linkungan normal iaitu 5.8 kilogram.
"Sekarang ini saya memberi tumpuan sepenuhnya menjaga dan kuarantin dia di rumah, jika keluar pun ke rumah saudara mara sahaja.
"Malah saya belum membawanya keluar ke Mall kerana bimbang dengam keadaan udara sekarang banyak membawa kuman dan penyakit.
"Dia bayi pra matang jadi saya perlu lebih memberi perlindungan yang lebih kerana dia sangat sensitif dan mudah dijangkiti penyakit," katanya kepada Astro Gempak.
Pelantun lagu Bunga- Bunga Cinta itu melahirkan bayi sulungnya ketika usia kandungan 36 minggu dengan berat hanya 2.05 kilogram pada 25 Ogos 2016.
Bercerita mengenai pengalamannya menjadi seorang ibu kepada bayi pra-matang, Misha akui dia semakin kuat.
"Setelah melalui pelbagai liku selepas melahirkan Idris kurang empat bulan lalu saya sendiri tidak sangka saya boleh kuat sehingga sekarang.
"Bukan mudah kerana dia bukan seperti bayi normal dan saya perlu membawanya menjalani beberapa proses kesihatan di hospital dengan kerap sebaik sahaja dia dilahirkan.
"Saya tak sangak saya boleh lakukannya dengan menjaga Idris dan dalam yang sama saya ketika itu sedang berpantang," katanya lagi.
Misha dan seorang juruterbang Firroz telah diijab kabulkan pada 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan.
Sebelum ini, pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Must-Watch Video