Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Miss Mexico Menang Miss Universe 2020

Amri Hassan
17/05/2021 03:26 MYT
Menepati ramalan, wakil negara Mexico, Andrea Meza dinobatkan sebagai juara Miss Universe 2020 yang berlangsung di Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood, Florida, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Kemenangan Mexico itu menamatkan kemarau wakil negara Latin merebut takhta tersebut.

Kali terakhir wakil negara Latin dimahkotakan Miss Universe pada 2013 menerusi Gabriela Isler dari Venezuela.

A post shared by Andrea Meza (@andreamezamx)


Andrea, 27, seorang jurutera bunyi telah menumpaskan 73 wakil negara seluruh dunia yang bertanding pada tahun ini.

Pada pusingan akhir menyaksikan Andrea penuh berketerampilan menjawab soalan yang diajukan panelis sekaligus menyingkirkan empat pencabar terdekat dari Peru, India, Republik Dominika dan Brazil.

Tempat kedua dimenangi oleh wakil Brazil, Julia Gama dan masing-masing dari Peru, India dan Republik Dominika berada di kedudukan ketiga hingga lima.

A post shared by MISSUUPDATES (@missuupdates)


Sebelum itu, lima wakil negara yang memasuki pusingan akhir telah menumbangkan lima wakil negara lain dari Jamaica, Australia, Puerto Rico, Thailand dan Costa Rica.

Wakil Thailand, Amanda Obdam menjadi satu-satunya wakil dari negara Asia Tenggara yang berada di tangga 10 teratas Miss Universe 2020.

BACA: Wakil Negara Asia Curi Tumpuan Pusingan Preliminary Miss Universe! Malaysia Pun Tak Kurang Hebatnya!

Manakala, wakil Malaysia, Francisca Luhong James gagal menempatkan diri di tangga Top 21.

BACA: #OhAbeNik: National Costume Miss Universe Malaysia Malfunction? Mujur Francisca Luhong Profesional!

Miss Universe 2020 disiarkan secara langsung di saluran Foxlife seawal 8 pagi waktu Malaysia.
;