Laman Utama

#OhAbeNik: National Costume Miss Universe Malaysia Malfunction? Mujur Francisca Luhong Profesional!

gempak
Amri Hassan
14/05/2021
04:45 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: National Costume Miss Universe Malaysia Malfunction? Mujur Francisca Luhong Profesional!
Less is more! Abe Nik pernah suarakan perkara ini ketika National Costume Miss Universe Malaysia bertemakan 'Kampungku' dipersembahkan kepada umum beberapa minggu lalu.
Bukan pesimistik, bukan negatif, bukan menghina jauh sekali mencerca hasil usaha pasukan belakang tabir untuk menghasilkan kostum kebangsaan kali ini.
BACA: Wow 45 Kg! Rumah Kampung, Pokok Kelapa, Replika Ayam Antara Penyeri Kostum Kebangsaan Miss Universe Malaysia 2020
Abe Nik percaya, semua sudah bertungkus-lumus memberikan hasil yang terbaik untuk dibawa bertanding di peringkat dunia.
Cuma, pandangan peribadi Abe Nik... kostum kebangsaan kita terlalu 'ambitious'! Ada elemen yang tidak perlu dan boleh diperkemaskan.
Konsep kampung halaman itu tidak salah, props gergasi pun tak salah, malah Miss Universe Paraguay, Pamela Zarza pernah memenangi Best National Costume tahun 1992 dengan props gergasi terbesar dalam sejarah Miss Universe.
Wakil negara Asia pun banyak yang berani membawa props gergasi ke pentas dunia sebelum ini. Mungkin, Malaysia mahu bereksperimen dengan formula sama tahun ini?
Malapetaka
Props gergasi ada risikonya, mungkin akan jadi malapetaka jika salah cara. Dan, itu yang terjadi kepada wakil negara kita, Francisca Luhong James ketika memperagakan kostum kebangsaan di pertandingan Miss Universe yang berlangsung pagi tadi.
Muncul saja di pentas, Frans terpaksa dibantu oleh tiga orang kru organisasi Miss Universe untuk menolak props rumah kampung ke tengah-tengah pentas.
Belum pun sampai di tengah-tengah pentas lagi, 'rumah kampung' itu dipusingkan tanpa sempat Frans masuk ke dalamnya untuk bertukar pakaian (gimik seperti yang dirancangkan).
BACA: Perlu Tukar Baju Kebangsaan Dalam 30 Saat, Francisca Luhong Gementar & Teruja
Frans terpaksa pula masuk dari hadapan, bertukar pakaian, keluar semula dan tak sempat berjalan ke hadapan pentas pun. Props itu kemudiannya terpaksa ditarik ke tepi dengan bantuan kru Miss Universe.
Segalanya serba tak kena. Tak seperti yang dirancang sebelum ini. Ada riak resah dalam wajah Frans namun Abe Nik puji gadis kelahiran Sarawak itu masih kekal tersenyum. Profesionalisme is the word!
"Kasihan Frans, tak ada rehearsal ker sebelum ni?" itu dalam fikiran Abe Nik.
Salah siapa?
Luluh hati apabila melihat wakil negara kita terkial-kial di atas pentas. Persoalannya, apa yang berlaku ini salah siapa sebenarnya?
Pereka fesyen? Mustahil, sebab Carven Ong yang pernah mencipta magis buat Shweta Sekhon di pentas Miss Universe sebelum ini. Cantik dan terperinci buatannya.
Pengarah Kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO), Datin Elaine Daly pun meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Frans untuk memperagakan kostum itu dengan gah dan lancar. Tapi siapa sangka?
Bagi Abe Nik, apa yang berlaku ini satu pelajaran untuk semua pihak termasuk netizen. Kesilapan yang berlaku bukan untuk dipersalahkan sebaliknya, refleksi diri agar lebih bersedia pada tahun akan datang.
Berkata-katalah hal yang elok-elok buat wakil negara kita yang akan meneruskan sesi preliminary pada esok (15 Mei 2021). Abe Nik percaya kemahiran dan kebijaksanaan Frans akan menutup khilaf yang berlaku hari ini.
Terus berikan semangat dan sokonglah Frans!
Dalam perkembangan terkini, difahamkan National Costume Malaysia mendahului undian berbanding negara lain. Kudos!
Anda boleh menyaksikan sesi preliminary Miss Universe esok (15 Mei 2021) seawal pukul 7 pagi di saluran Foxlife atau YouTube rasmi Miss Universe.
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024