Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam
Amri Hassan
05/07/2024 01:55 MYT
05/07/2024 01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Nasional MUMO baharu, Eleen Yong dalam sidang media khas yang diadakan pada Khamis.
"Kami sangat menghormati semua agama dan kepercayaan serta setiap batasannya.
"Kami ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi," katanya menerusi sepotong video yang dikongsikan di media sosial Remaja.
Dalam pada itu, MUMO turut mengumumkan syarat penyertaan baharu untuk pertandingan ratu cantik itu tahun ini.
MUMO memansuhkan had umur maksimum dan penerimaan wanita yang berkahwin, bergelar ibu dan yang sudah bercerai ke dalam pertandingan ini.
Peraturan terdahulu mengehadkan penyertaan kepada wanita bujang yang belum berkahwin dan berusia 28 tahun ke bawah sahaja.
"Visi kami adalah untuk memperkasakan dan meraikan wanita-wanita luar biasa di Malaysia, mempamerkan bakat, kecerdasan, dan kecantikan mereka di pentas global.
"Kami percaya pada kekuatan platform ini untuk mengubah kehidupan dan memberi inspirasi kepada generasi masa depan," tambahnya.
Pendaftaran secara dalam talian telahpun dibuka & pihak MUMO turut akan mengadakan uji bakat secara fizikal tidak lama lagi.
Pemenang Miss Universe Malaysia 2024 akan dimahkotakan pada bulan September kelak oleh Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.