Laman Utama
"Patut Tak Saya Sertai Miss Universe?" - Amelia Henderson
Pengacara rancangan hiburan popular Gempak Most Wanted, Amelia Henderson berkongsi hasratnya untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe tahun ini.
Menerusi ciapannya di Twitter, idea untuk menyertai pertandingan itu terbit secara spontan dan menjadi impiannya sejak sekian lama.
"Ok korang, saya ada idea 'gila', tapi tahun ini mungkin peluang tahun terakhir saya. Patutkah saya sertai Miss Universe Malaysia?
"Ia sebenarnya menjadi sebahagian daripada impian saya selama ini," tulis Amelia.
Ciapan itu mendapat pelbagai respon daripada warganet yang menyatakan sokongan terhadap hasrat Amelia.
"Organisasi Miss Universe pastinya mengalu-alukan penyertaan mana-mana wanita daripada pelbagai latar belakang.
"Kamu tak perlu memakai bikini lagi jika tak selesa. Ratu cantik sekarang lebih fokus pada advokasi. Tengok sajalah Miss Universe Bahrain dan Miss World Somalia sebagai contoh," ciap salah seorang pengguna di Twitter.
BACA: Pakai Burkini & Sopan Di Miss Universe 2022, Miss Bahrain; "Wanita Yang Tertutup Juga Boleh Cantik"
Puji warganet lain pula; "100 peratus sokong ya! Suka dengar dia bercakap, lancar je dengar. Kalau sesi interview mesti dia akan slay!!!"
"Joinlah babe! Malaysia tak pernah menang! Kamu patut bawa pulang crown. Layak 100 peratus!
"Big YES! Kamu patut sertai Miss Universe. Beauty with brain," tambah ciapan beberapa pengguna lain.
Must-Watch Video