Miss Universe Malaysia Peragakan Kebaya Songket Kuning, Ramai Puji! - "Nampak Mahal, Klasik"
Amri Hassan
17/11/2023 06:50 MYT
17/11/2023 06:50 MYT
Pusingan pakaian kebangsaan (national costume) untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe kali ke-72 di El Salvador menyaksikan 84 peserta memperagakan busana masing-masing.
Antara yang mencuri hati rakyat Malaysia sudah tentulah wakil tempatan, Serena Lee yang menyarung sepersalinan kebaya songket berwarna kuning untuk pusingan terbabit.
Kebaya songket yang lengkap dengan sanggul lintang dan selendang itu direka oleh pereka fesyen tempatan Azie Couture.
Konsep tradisional dan klasik yang dipersembahkan dalam Miss Universe tahun ini mendapat pujian daripada warganet yang sempat menonton secara langsung pertandingan ratu cantik itu pada Jumaat.
@misso_malaysia; "Nampak mahal, cantik. Memukau setiap mata yang memandang."
@syukran.whyshawn; "Ini yang sebetulnya."
@alkazamdacute; "Rasa puas tengok dan gembira bila satu universe terpegun dengan senyuman manis Serena Lee dalam persalinan bangsawan songket."
@itsmeeeeeeeeeiiii; "Kan best kalau kita mempergayakan songket begini dipentas antarabangsa. Banyak sangat baju pengantin dari songket yang lawa-lawa. Sejuk je tengok."
Tahun lalu, wakil Malaysia Lesley Cheam memperagakan busana kebangsaan yang direka oleh Hatta Dolmat diilhamkan dari Gunung Kinabalu di Sabah.