Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Misteri Wanita Hilang Disorok Makhluk Halus Terungkai, Rupa-Rupanya ...

Gempak
12/08/2024 05:27 MYT
Misteri kehilangan seorang wanita sedang hamil yang didakwa telah 'dilarikan' makhluk halus akhirnya terungkai.

Insiden itu turut menjadi tular di media sosial dan mencetuskan kekecohan kepada warga Desa Lau, Kecamatan Dawe, Kabupaten Kudus di Jawa Tengah, Indonesia.

BERITA TRENDING: “Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

Pihak berkuasa mengesahkan mangsa tersebut dikenali sebagai Eny Erwanti, 31, dan dia dikhabarkan hilang selama 24 jam selepas keluar dari rumah menjelang waktu Maghrib pada Rabu lalu.

"Penduduk kampung turut bersama-sama mencari Eny sebelum polis juga ikut serta.

"Rupa-rupanya ada cerita di sebalik kejadian itu. Eny terasa hati kepada ibunya hingga dia nekad melarikan diri ke kawasan kebun," menurut pemilik akaun @polreskudus di Instagram.

Usaha pencarian wanita itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia ditemui di masjid Pacikaran, yang terletak sejauh kira-kira enam kilometer dari rumahnya.

"Eny kelihatan murung seperti sedang tertekan. Kami mempertemukan semula wanita itu dengan keluarganya. Suami Eny dikatakan bekerja di Jakarta.

"Hasil pemeriksaan dilakukan jelas menunjukkan dia sebenarnya tidak disorok makhluk ghaib seperti didakwa penduduk desa," jelas catatan di media sosial itu lagi.

BERITA TRENDING: Peguam Diganggu Makhluk Halus, Pintu & Tingkap Diketuk Setiap Pukul 3 Pagi

BERITA TRENDING: "Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

BERITA TRENDING: Dengar Bunyi Cakar & Pintu Digegar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Pulau Langkawi!


Sumber: Agensi melalui Sinar Harian
#Viral #Indonesia #Makhluk Halus #Sorok #Eny