Hiburan

"Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

gempak
Firdaus
08/02/2024
03:00 MYT
Sponsor Banner
"Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad
Pelakon Datin Elvina Mohamad mendedahkan dirinya beberapa kali diganggu makhluk halus sepanjang penggambaran filem seram terbaharunya Waruga: Kutukan Ilmu Hitam.
Menurut Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 30, berkata dirinya sering kali ‘ditindih’ ketika tidur sehingga tidak boleh bernafas.

BERiTA TRENDING: Dengar Bunyi Cakar & Pintu Digegar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Pulau…

“Sepanjang cerita tu, El banyak kali kena tindih, balik je tidur mesti kena tindih, yang memang tindih tak boleh bernafas.
“Dan nampak macam bayangan hitam. Tidur kena pasang sesuatu, muzik ke atau apa-apa biar bising baru boleh tidur,” kongsinya.
Elvina ketika ditemui di tayangan perdana filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam di GSC Starling Mall, Petaling Jaya juga sempat menyatakan akan berfikir ‘masak-masak’ tentang penglibatan dirinya dalam filem seram selepas menghadapi situasi ‘pelik’ sepanjang penggambaran.
“El seorang yang penakut, jadi bila kena macam tu, tak tahu lah sama ada lepas ni berani ke tak nak berlakon cerita seram,” jelasnya.
Sekadar info, filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam baka ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 15 Februari ini.
Filem tersebut menampilkan barisan pelakon popular seperti Zahiril Adzim, Dati. Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor dan Ruminah Sidek.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live