“Bercinta dengan wanita lebih berusia, kenapa tidak?”

Itulah jawapan penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK seusai ditanya mengenai peranannya bercinta dengan wanita yang lebih berusia di dalam filem terbaharu lakonannya, 7 Minggu Sebelum Kahwin.

Digandingkan bersama aktres jelita Nora Danish, MK atau nama sebenarnya Mohd Hairi Amin Hamdan, 25, mengakui wanita lebih berusia ini mempunyai beberapa kualiti yang dicari.

“Sebab wanita yang lebih berusia ni dia ada pemikiran yang lebih matang kalau nak dibandingkan dengan lelaki yang lebih muda.

“Kami lelaki yang muda ni suka buat keputusan terburu-buru sikit.

“Kalau wanita yang kaki mengawal pula, bagi saya sendiri kalau seseorang itu mengawal saya ke arah kebaikan, kenapa tidak. Tapi kalau yang sejenis ‘queen control’ ni susah sikitlah.

“Kalau nak ceritakan pengalaman, pernahlah dikawal untuk ke arah yang lebih baik,” ujarnya kepada Gempak.

MK ditemui pada majlis sidang media filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada awal Julai lalu.

Selain Nora dan MK, Filem terbitan KRU Studios dan Bloombordia ini menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Alya Iman, Vanessa Reynauld, Ropie, Yassin, Sham Visa dan Azizah Mahzan.

Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin arahan Eyra Rahman mengisahkan Syifa lakonan Nora Danish mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil.

Bertemu dengan kekasihnya, Amar lakonan MK K-Clique di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT’.

Namun, pelbagai masalah timbul apabila Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna. Setiap masalah yang muncul telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur.

Kemunculan Natasha lakonan Alya Iman, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.

Mampukan Syifa dan Amar mempertahankan cinta mereka sehingga ke jenjang pelamin?

(Trailer)

Tonton filem 7 Minggu Sebelum Kahwin bermula 7 Julai ini di saluran Astro First (480).

Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus je ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!