Tanpa diduga minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menyaksikan penyingkiran kumpulan ABIOSO.

Dengan lokasi bertemakan ‘Institut Pendidikan’, ABIOSO yang dianggotai Puspa, Sarip dan Amin gagal menambat hati juri.

Bagaimanapun lain pula kisahnya dengan UBI yang berjaya mendapatkan tempat di kedudukan pertama minggu ini sekaligus dinobatkan sebagai penerima Superstar Gempak of The Week.

Ini merupakan kali kedua UBI menjadi penerima Superstar Gempak of The Week.

Kesemua bintang diadili 50% oleh juri tetap dan 50% lagi secara online.

Mungkin ada yang terlepas pandang, jom imbas kembali komen-komen padu juri di minggu ketiga.

1. UBI - Fad Bocey, Sharif Zero, Namie (58.89%)

“Persembahan yang membuatkan saya ketawa. Tahniah Ubi. Saya suka tempo kalian, tempo kalian memang best. Lawak pun best, punch line pun bagus. Saya ketawa sampai keluar air mata,” - Datuk Awie (5 bintang).

2. CILI - Achey, Ali Puteh, Shiha Zikir (53.55%)

“Setiap minggu saya memang tertunggu-tunggu persembahan anda sebab saya tahu you guys memang boleh deliver.

“Minggu ni anda deliver dari segi kreativiti, muzikal best. Memang best lah, terima kasih dan bagi lagi yang terbaik untuk minggu depan,” - Siti Saleha (5 bintang).

3. OOD - Chiwan, Man Raja Lawak, Zahid (48.62%)

“Saya terhibur walaupun pada awalnya masih tercari-cari, masa nak masuk tengah dan hujung itu anda memberikan benda di luar jangkaan.

“Dalam kesedihan itu ada lawaknya dan ada mesej yang bagus. Man awak sangat cute. Saya sangat happy dengan persembahan ini dan rasa Ood boleh lakukan lebih lagi daripada ini,” - Datuk Awie (4 bintang)

4. SELIT - Ajo, Azmir Aziz, Shidi Data (37.06%)

“Saya puji kerana anda mencari bahan daripada media sosial untuk masukkan dalam persembahan, itu satu percubaan yang baik saya rasa.

“Saya suka juga sesuatu konten itu menggambarkan sesuatu yang terjadi sekarang ini. Itu perlu.

“Tetapi bila kita ambil sesuatu bahan itu kita perlu mengambil satu sudut yang segar. Satu sudut yang kita tidak pernah terfikir supaya kita dapat kesan daripada apa yang dilakukan.

“Saya tidak dapat merasakan itu, walau bagaimanapun saya sekali lagi merasakan bahawa MLS3 ini semakin rancak jadi anda semua harus lebih berani dan lebih kreatif,” - Najip Ali (3 bintang)

5. ARTEH - Has, Dewa, Qody Rany (34.64%)

“Dua perkara yang selalu menarik perhatian juri dan memikat penonton adalah pelawak-pelawak yang tahu bagaimana untuk menggoda penonton dan mencuit hati mereka.

“Kedua adalah mencari satu bahan yang tak pernah kita terlintas, yang segar dan menyenangkan kita.

“Jadi kedua-kedua perkara ini korang masih lagi 50-50, belum masak belum ranum lagi saya rasa. Tapi ada masanya korang ada energi yang baik di sini.

“Saya nak cabar anda kerana pentas ini sedang ditakluk oleh kumpulan seperti Ubi dan Cili, jadi peka dengan apa yang mereka lakukan dan mungkin itulah cita rasa masa kini, jenaka yang dikehendaki oleh penonton saat ini, teruskan berjuang,” - Najip Ali (3 bintang)

6. BAHROY - Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic (32.97%)

“Saya rasa effort persembahan yang baik, pandai gunakan idea untuk berinteraksi dengan penonton dekat sini.

“Muzikal pun best, cumanya komedi tu boleh up kan lagi please. Terima kasih dan tahniah,” - Siti Saleha (3 bintang)

7. WISEL - Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar Norazman (31.82%)

“Saya suka dengan semangat awak. Semangat awak itu memang kental. Selain awak kena struggle atas pentas, kena tingkatkan lakonan.

“Lakonan ini banyak membantu gerak geri nak bagi orang ketawa selain nak menggunakan fizikal. Saya tidak mahu gelak soal fizikan kerana itu tidak bagus.

“Saya minta Wisel tingkatkan lagi yang kelakar-kelakar, cari bahan-bahan yang boleh mengetawakan khusunya kepada juri.

“Kalau juri tak ketawa itu satu perkara yang seksa jawabnya. Saya suka semangat mereka bertiga tetapi kurang dari sudut lawaknya,” - Datuk Awie (3 bintang)

8. JOKI - Gomok Gahai, Fuad Nasirr, Beby Acha (30.83%)

“Satu persembahan yang tidak menghampakan, ada saat-saat menggembirakan, mencuit hati. Tapi saya rasa kumpulan ini harus merapatkan lagi menggaringkan lagi chemistry anda bertiga.

“Saya rasa lakonan ni bukan sahaja acting tetapi re-acting dan apa yang perlu anda sempurnakan adalah tindak balas anda supaya kita senang mendengar, supaya kita dapat merasakan keikhlasan daripada anda.

“Jadi bila anda dah tahu jalan cerita, dah tahu punch line di mana, korang practice, practice, practice seolah korang paling terburuk di pentas ini, dan apabila korang perform seolah yang paling terbaik di pentas ini,” - Najip Ali (3 bintang)

9. NGAM - Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin (29.42%)

“Persembahan dan effort yang baik. Saya suka sketsa ni, very relevant cuma saya rasa dari awal sedikit longgar terutamanya Aya, saya rasa boleh lagi komedikan.

“Sebab saya rasa sketsa ni comel tapi anda manage to exaggerate lagi watak tu towards the end. So bagus, saya rasa jalan cerita yang simple tapi very acceptable, ramai gelak,” - Siti Saleha (3 bintang)

10. ABIOSO - Sarip, Amin, Puspa Gomen (25.54%)

“Nampaknya persembahan minggu ini tidak serancak minggu lalu. Minggu lalu saya dapat saksikan anda dapat membuatkan satu jenaka yang menyengat.

"Tapi kali ini susah. Bagaimanapun saya suka semangat anda bertanding,” - Najip Ali (3 bintang)

BACA: MLS3: Sering Top 5, Tak Sangka Abioso Terus Tersingkir, Hanya Sempat Rasa Sampai Minggu Ketiga

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

Program ini juga menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022