Minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) menyaksikan kumpulan ABIOSO tersingkir.

ABIOSO yang dianggotai oleh Sarip, Amin dan Puspa terpaksa akur dengan keputusan itu.

Menganggap tiada rezeki, mereka tetap positif dan berterima kasih kerana diberi peluang berada di pentas MLS3.

Selain ABIOSO, JOKI dan NGAM juga turut berada dikedudukan terendah.

Kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie pula boleh menarik nafas lega apabila mereka berada ditangga teratas dengan markah 58.89%

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS3 di minggu ketiga.

1. UBI - 58.89%

2. CILI - 53.55%

3. OOD - 48.62%

4. SELIT - 37.06%

5. ARTEH - 34.64%

6. BAHROY - 32.97%

7. WISEL - 31.82%

8. JOKI - 30.83%

9. NGAM - 29.42%

10. ABIOSO - 25.54%


Sementara itu, UBI sekali lagi dipilih sebagai penerima Superstar Gempak of The Week.

MLS3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022