Hiburan

“Moga Amanah Allah Ini Dapat Saya Jaga Dengan Penuh Kasih Sayang” – Naluri Kebapaan Sebab Hafiz Hamidun Ambil Hamdee

gempak
Fiza Kamarudin
10/03/2020
23:15 MYT
Sponsor Banner
“Moga Amanah Allah Ini Dapat Saya Jaga Dengan Penuh Kasih Sayang” – Naluri Kebapaan Sebab Hafiz Hamidun Ambil Hamdee
Naluri kebapaan dan hati yang tulus merupakan sebab Hafiz Hamidun mengasuh anak angkat yang dinamakan Hamdee Hafiz.
Hafiz berkata, dia sudah lama teringin mengasuh anak dan mahu menikmati keindahan hidup berkeluarga.
Penyanyi Zikir Terapi itu lagi turut menafikan mengambil anak angkat disebabkan gimik atau sedang mempromosikan material baru.
“Tiada maksud tersirat atau apa-apa gimik mempromosikan sesuatu perkara. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dan rasa teruja.
“Seperti insan lain, saya juga mahu menikmati keindahan hidup berkeluarga dan naluri kebapaan serta hati yang tulus menyebabkan saya mahu mengasuh Hamdee,” katanya.
Terdahulu, Hafiz berkongsi kegembiraan di Instagram (IG) nya dengan kegembiraan kehadiran Hamdee dalam hidupnya.
“Assalamualaikum. Moga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna,” katanya yang sudah lama teringin mengasuh anak itu.
Hafiz turut mengaktifkan akaun IG bayi berusia satu bulan itu menggunakan nama @hamdeehafiz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live